Tuesday, May 17, 2011

Sotong celup tepung Terengganu

*Entri Ulangan



Untuk entri kali ini, saya tiba-tiba berasa lapar. Sebut je sotong celup tepung, pasti akan teringat-ingat rasanya yang sungguh lazat dan menyelerakan. Siapa yang tidak mengenali hidangan ini jika berkunjung ke Kuala Terengganu? Pada setiap petang, sotong celup tepung banyak dijual di gerai-gerai makan sekitar pantai berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Saya mengetahui kewujudan hidangan ini selepas diajak oleh kawan-kawan untuk beriadah di pantai sambil menikmati Sotong celup tepung. Saya agak hairan, kenapa pula makan sotong goreng? Sedap ke? Selalunya, pada setiap petang, semestinya kita akan menikmati secawan kopi panas dan pisang goreng, tetapi di Terengganu, menu yang paling popular adalah Sotong celup tepung!! Wah! Menarik!!!

Apa yang menjadikan Sotong Celup Tepung ini digemari oleh penduduk Terengganu dan juga pelancong luar? Jawapannya ada pada sosnya. Sos yang digunakan lebih kurang sama dengan sos yang digunakan untuk dimakan bersama keropok lekor. Sos tersebut mempunyai rasa yang seakan-akan sos thai, tetapi ia lebih manis dan berasa pedas.



Sotong celup tepung ini menarik jika dimakan beramai-ramai. Kita boleh menikmati kelazatannya bersama nasi dan roti. Namun, kebiasaannya, ia dimakan sebagai snek sepertimana kita menikmati keropok lekor.

Anda ingin mencubanya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...

Lokasi gerai menjual Sotong celup tepung Terengganu



Berada dikawasan sepanjang pantai berhampiran
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Jom Makan-makan di Terengganu.. Melancong sambil menikmati hidangan lazat.. nyum-nyum...


Follower