Showing posts with label Makanan tradisional. Show all posts
Showing posts with label Makanan tradisional. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Makan Mee Laksa di Pok Wan Kopitiam

Pok Wan Kopitiam ni terletak bersebelahan dengan Hock Kee Seng Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Pelbagai jenis juadah yang disediakan untuk tatapan dan santapan pelanggan.

Saya selalunya apabila datang berkunjung kesana confirm akan tempah Roti Tempayan Ayam.. Harganya murah, cuma RM3.50. Kalau nak Roti Tempayan Kambing, harganya RM5.00. Rasanya.. Fuhh Kaw Kaw punye!!

Kelmarin saya pergi kesana sekali lagi untuk menikmati hidangan makan petang. So saya pilih laksa putih. Laksa putih ni adalah laksa asli negeri Terengganu. Perghh Masyukkk.... Kawan saya pula order Laksa Penang dan Nasi Goreng kampung.

So kalau berkunjung Ke Kuala Terengganu, jangan lupa datang ke Pok Wan Kopitiam deh.. hehe

Nasi Goreng Kampung

Laksa Putih Terengganu

Laksa Penang

Jom Makan-makan di Terengganu.. Melancong sambil menikmati hidangan lazat.. nyum-nyum...


Wednesday, June 22, 2011

Makan nasi pulut nyior!!

Hari ini.. aku buat kali pertamanya aku makan nasi pulut nyior!!

Nasi pulut nyior? apa ke benda menu ni? haha.. kompem korang tak tahu kan.. hanya orang ganu je tau.. sebab ini makanan tradisi mereka..

Rasanya manis-manis dan masin-masin.. sebab apa manis? sebab ade nyior bergula.. sebab apa masin? sebab ade ikan masin dan ikan goreng.. perghh sedap..

Datang je pergi ke Research Station, aku breakfast ngan ini..



Tengahari pula aku lunch juga dengan ini!!!



Aku makan ditemani dengan ofismate aku.. orang ganu ni.. Cik Safina yang comel loteh...



Jangan tak tahu, sejak dua menjak ni aku kuat makan. dats y berat badan aku da meningkat sekilogram!!



Lagi-lagilah kalau makanan itu sangat sedap dan lazat.. membuka selera dan mengenyangkan kantung perot aku ni.. hehe



Emmm... apa tengok-tengok? Nak minta ke? oppss pergi beli sendiri.. haha



Hari ini aku gembira sebab dapat makan nasi pulut Nyior yang sedap.. free pula tu!!! Perot kenyang, hati pun senang.. ye dok? hehe

Jom Makan-makan di Terengganu.. Melancong sambil menikmati hidangan lazat.. nyum-nyum...



Tuesday, May 17, 2011

Sotong celup tepung Terengganu

*Entri Ulangan



Untuk entri kali ini, saya tiba-tiba berasa lapar. Sebut je sotong celup tepung, pasti akan teringat-ingat rasanya yang sungguh lazat dan menyelerakan. Siapa yang tidak mengenali hidangan ini jika berkunjung ke Kuala Terengganu? Pada setiap petang, sotong celup tepung banyak dijual di gerai-gerai makan sekitar pantai berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Saya mengetahui kewujudan hidangan ini selepas diajak oleh kawan-kawan untuk beriadah di pantai sambil menikmati Sotong celup tepung. Saya agak hairan, kenapa pula makan sotong goreng? Sedap ke? Selalunya, pada setiap petang, semestinya kita akan menikmati secawan kopi panas dan pisang goreng, tetapi di Terengganu, menu yang paling popular adalah Sotong celup tepung!! Wah! Menarik!!!

Apa yang menjadikan Sotong Celup Tepung ini digemari oleh penduduk Terengganu dan juga pelancong luar? Jawapannya ada pada sosnya. Sos yang digunakan lebih kurang sama dengan sos yang digunakan untuk dimakan bersama keropok lekor. Sos tersebut mempunyai rasa yang seakan-akan sos thai, tetapi ia lebih manis dan berasa pedas.



Sotong celup tepung ini menarik jika dimakan beramai-ramai. Kita boleh menikmati kelazatannya bersama nasi dan roti. Namun, kebiasaannya, ia dimakan sebagai snek sepertimana kita menikmati keropok lekor.

Anda ingin mencubanya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...

Lokasi gerai menjual Sotong celup tepung Terengganu



Berada dikawasan sepanjang pantai berhampiran
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Jom Makan-makan di Terengganu.. Melancong sambil menikmati hidangan lazat.. nyum-nyum...


Monday, September 27, 2010

Rojak kateh

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/ kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.
Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Jadi kena tunggulah Hari Raya Haji, kalau nak try Rojak Kateh

Bahan-bahan:
Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus
Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)
Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:
1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain, masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.

Singgang Ikan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz besar (tak ingat nama, boleh guna 3 ekor ikan kembong)
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci kunyit hidup tua, diketuk
1/2 inci halia, diketuk

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan, cili hijau dibelah 2 tapi tak putus, ketepikan. Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan masak hingga mendidih.
2. Tambah cili hijau, kiub ikan bilis, asam gelugor dan ikan tadi, kecil kan api dan masak hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun bolehh..).
3. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...sedap u hirup2 kuah dia masa hangat tuuu...hhmmm...

Sunday, August 29, 2010

Puding buah buatan anak jati Terengganu



Semasa bulan berpuasa ni, mesti kita mudah kecur liur melihat makanan dan minuman sejuk yang dijual dipasar atau bazaar ramadan kan? Antara menu yang menjadi pilihan adalah seperti air tebu, air kacang soya dan pelbagai jenis puding.



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda puding buah kampung yang dibuat sendiri oleh kawan anak jati Terengganu. Kenapa saya gelar ia puding buah kampung? kerana buah-buahan yang digunakan untuk membuat puding tersebut adalah buah kampung atau buah hutan yang banyak terdapat di negeri Terengganu apatah lagi sekarang masih lagi berada dimusim buah-buahan iaitu buah rambutan, nanas dan buah duku.

Rasanya sangat sedap. Ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan paling bawah adalah lapisan susu dan lapisan atas pula adalah lapisan buah-buahan. Wah! Sangat sedap!!



Saya sungguh gembira kerana mendapat kawan baik seperti Rina yang pandai memasak makanan Terengganu. Nanti dilain entri saya akan tulis entri mengenai jenis-jenis makanan yang pernah dimasak olehnya. Semuanya makanan asli negeri Terengganu. Nyum-nyum.. sedap...



Sebelum memakan puding buah, ia perlu terlebih dahulu disejukkan didalam peti sejuk supaya cecair buah mengeras dan enak dimakan.

Anda juga boleh mendapatkan puding ini dibazaar ramadan yang disekitar negeri Terengganu. Jika mempunyai kawan yang berasal negeri Terengganu, tidak salah untuk kita meminta mereka memasak untuk kita. Apa yang pasti air tangan dari negeri Terengganu memang ada ummpphh..



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


Wednesday, June 30, 2010

Laksa Terengganu



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi hidangan istimewa dan lazat yang terdapat dinegeri Terengganu iaitu Laksa Terengganu. Laksa Terengganu adalah sejenis makanan mi berkuah panas yang popular di negeri Terengganu.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.

Untuk pengetahuan, sebenarnya perkataan laksa itu adalah nama yang diberikan kepada mi untuk menyediakan laksa. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepung (gandum) atau laksa beras contohnya gabungan laksa tepung dan kuah masak sahaja, gabungan laksa tepung dan kuah mentah dan kuah masak, gabungan laksa beras dan kuah masak, atau atau laksa beras dan kuah mentah.

Setakat ini saya hanya sempat untuk merasai laksa tepung dan kuah masak sahaja. Namun demikian, saya akan berusaha untuk merasai kelazatan laksa yang disediakan menggunakan gabungan laksa beras dan kuah mentah memandangkan saya masih berada di Terengganu dalam jangka masa lama.



Saya terkejut melihat kawan saya memakan laksa dengan menggunakan tangan. Saya ingatkan itu memang tabiat dan caranya makan dan tiada kaitan dengan adat atau adab memakan laksa di negeri Terengganu. Memandangkan kekerapannya memakan laksa dengan menggunakan tangan, saya segera bertanya kepadanya mengenai hal tersebut.

Sambil tersenyum dia memberitahu laksa Terengganu kebiasaannya dimakan dengan menggunakan tangan dan bukannya sudu atau garpu. Sebab itulah mengapa laksa terengganu tidak mengandungi banyak kuah sepertimana laksa negeri lain. Walaubagaimanapun, menurutnya lagi, pada waktu ini sudah kurang penduduk Terengganu yang memakan laksa dengan menggunakan tangan. Mungkin disebabkan laksa jarang dimasak dirumah dan selalunya dimakan dikedai yang mana menyediakan sudu dan garpu, Ia ditambah laksa Terengganu gemar dimakan semasa masih panas kerana rasanya yang lebih sedap berbanding ketika sejuk. Maka ramai yang lebih selesa menggunakan sudu dan garpu.

Namun demikian, bagi merasai suasana sebenar negeri Terengganu, sebagai pelancong atau pelawat, kenapa tidak untuk kita menikmati keaslian Laksa Terengganu dengan menggunakan tangan? Jadi marilah bersama-sama mencubanya!



Saya selalu membeli laksa Terengganu di Pasar Malam dan harganya pun sangat murah iaitu antara RM1.00-RM1.50. Kebiasaannya, jika kita membeli laksa di pasar malam atau pasar minggu, mi laksa akan dibungkus berasingan dengan kuah laksa. Dengan itu, sebelum menikmati mi laksa, kita boleh panaskan terlebih dahulu kuah laksa supaya rasanya lebih lazat.

Jom Makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!!! Nyum-nyum...

Nama Makanan: Laksa Terengganu

Tempat Makanan:

Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)

Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang jalan Marang

Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)

Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)
Gerai makanan Che Wan
Sepanjang Pantai Geliga

Wednesday, June 23, 2010

Apam Balik



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi hidangan lazat yang terdapat di Terengganu iaitu Apam Balik Terengganu. Apam Balik sebenarnya juga terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia, namun apa yang membezakannya adalah air tangan siapa yang memasaknya. Apam Balik mudah ditemui di pasar malam, kedai makan dan pasar minggu di sekitar Kuala Terengganu.

Untuk pengetahuan , apam balik merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas terutamanya pada waktu pagi dan petang. Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, ia dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Saya difahamkan terdapat dua jenis apam balik iaitu apam tradisional yakni merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu. Manakala jenis kedua pula adalah apam balik keropok yakni merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Salah seorang kawan saya yang juga merupakan anak jati Dungun, Terengganu pernah membawa apam balik yang dibeli dari Dungun. Kami memanaskan semula apam balik tersebut didalam ketuhar mikro untuk dimakan panas kerana apam tersebut telah sejuk disebabkan perjalanan yang memakan masa yang lama dari Dungun Ke Kuala Terengganu.

Wah!! Sedapnya!! Bayangkan kalau kami memakan apam balik yang terus dibeli dari dikedai tersebut, masih panas dan tidak perlu dipanaskan didalam ketuhar, pasti rasanya dua kali lebih lazat!! Nyum-nyum..



Kawan saya tersebut juga memberitahu terdapat satu lokasi di kawasan dungun yang mana menjual apam balik yang sangat lazat. Dia kerap membeli apam balik disana dan menurutnya apam balik tersebut menjadi kegemaran ramai di Dungun. Gerai yang menjual apam balik terletak di hadapan premis pasaraya Nirwana Dungun. Harga apam balik tersebut adalah seperti dibawah

Apam Balik Biasa : RM2.00
Apam Balik Jagung : RM2.00

Apam Balik Telur : RM2.80

Apam Balik Special : RM2.80


Kalau di Kuala Terengganu pula, saya membeli apam balik di Pasar Malam Gong Badak dan Mengabang Telipot. Rasa apam balik disana juga mempunyai rasa yang lazat. Lagipun harganya sangat murah dan berpatutan!!!

Kalau anda berkunjung ke Terengganu, jangan lupa mencuba Apam Balik ye. Jom makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!!! Nyum-nyum...

Dibawah adalah alamat pasaraya Nirwana Dungun yang mana terdapat gerai menjual apam balik yang lazat.

Nirwana Maju Sdn Bhd
Lot 1572, Mukim Kuala Dungun
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu

Dibawah pula adalah beberapa tempat yang mungkin ada menjual membeli apam balik di Terengganu.

Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)
Gerai apam balik sekitar Kuala Terengganu

Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Gerai apam balik sekitar marang

Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)
Gerai apam balik sekitar dungun

Sekiranya anda tidak menemui kedai yang menjual apam balik, anda dinasihatkan untuk bertanya kepada penduduk tempatan mengenai lokasi gerai yang menjual apam balik berdekatan.



Monday, June 21, 2010

Sotong celup tepung Terengganu



Untuk entri kali ini, saya tiba-tiba berasa lapar. Sebut je sotong celup tepung, pasti akan teringat-ingat rasanya yang sungguh lazat dan menyelerakan. Siapa yang tidak mengenali hidangan ini jika berkunjung ke Kuala Terengganu? Pada setiap petang, sotong celup tepung banyak dijual di gerai-gerai makan sekitar pantai berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Saya mengetahui kewujudan hidangan ini selepas diajak oleh kawan-kawan untuk beriadah di pantai sambil menikmati Sotong celup tepung. Saya agak hairan, kenapa pula makan sotong goreng? Sedap ke? Selalunya, pada setiap petang, semestinya kita akan menikmati secawan kopi panas dan pisang goreng, tetapi di Terengganu, menu yang paling popular adalah Sotong celup tepung!! Wah! Menarik!!!

Apa yang menjadikan Sotong Celup Tepung ini digemari oleh penduduk Terengganu dan juga pelancong luar? Jawapannya ada pada sosnya. Sos yang digunakan lebih kurang sama dengan sos yang digunakan untuk dimakan bersama keropok lekor. Sos tersebut mempunyai rasa yang seakan-akan sos thai, tetapi ia lebih manis dan berasa pedas.



Sotong celup tepung ini menarik jika dimakan beramai-ramai. Kita boleh menikmati kelazatannya bersama nasi dan roti. Namun, kebiasaannya, ia dimakan sebagai snek sepertimana kita menikmati keropok lekor.

Anda ingin mencubanya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...

Lokasi gerai menjual Sotong celup tepung Terengganu



Berada dikawasan sepanjang pantai berhampiran
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu



Wednesday, June 16, 2010

Pulut Lepa Terengganu



Pulut lepa adalah sama dengan pulut panggang yang dijual dinegeri lain selain Terengganu. Cuma di Terengganu, hidangan itu dikenali sebagai pulut lepa. Seperti biasa, persoalan yang pasti terngiang-ngiang diminda adalah, apakah perbezaan diantara pulut lepa Terengganu dengan pulut Lepa (Pulut Panggang) negeri lain? Jawapannya adalah, inti pulut lepa lebih berasa ikan. Kalau negeri lain, kadang-kadang udang kering digunakan bersama kerisik kelapa sebagai inti namun di Terengganu, inti dibuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti ikan, bawang, dan lada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.



Saya mula menikmati hidangan Pulut Lepa Terengganu pada tahun 2007 semasa bulan Ramadhan. Saya membelinya di Pasar Malam berhampiran dengan kawasan Universiti Malaysia Terengganu. Rasanya memang lain sangat-sangat. Aromanya sungguh memukau dan intinya amat berasa ikan. Tidak rugi membelinya!! Harganya pun amat murah RM1.00 untuk 3 batang.

Teringat memori lama. Seorang kawan menegur saya kerana memakan Pulut Lepa dengan menggunakan sos tomato. Dia kata apabila kita cicah Pulut Lepa dengan sos, rasa aslinya akan hilang. Sebenarnya saya sudah terbiasa memakan pulut panggang dengan mencicah sos tomato. Ia kerana pulut panggang di negeri kelahiran saya terlalu kering dan agak masin. Terima kasih kepada kawan saya kerana nasihat bermakna itu, memang benar, jika kita memakan Pulut Lepa tanpa cicah sos tomato, ia lebih sedap dan amat menyelerakan!.. Anda ingin merasainya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...

Resepi Pulut Lepa Terengganu

Bahan-bahan

1. 300 g pulut, direndam semalaman
2. 125 ml santan (dari 1 kelapa)
3. sedikit garam
4. 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
5. 20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan inti

1. 400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
2. 4 biji bawang merah, dicincang halus
3. ½ kelapa parut putih
4. 200 ml santan (1/2 kelapa)
5. 1/2 kpg asam gelugur (kecil)
6. ½ camt serbuk lada hitam
7. ½ camt gula
8. sedikit garam

Cara penyediaan

Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk yang tidak melekat. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi. Apabila pulut masak, gemburkan dengan garfu. (Anda juga boleh mengukus pulut, jika mahu).

Untuk inti: Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur.

Nama Makanan: Pulut Lepa Terengganu

Tempat Makanan:

Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)

Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang jalan Marang

Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)

Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)
Gerai makanan Che Wan
Sepanjang Pantai Geliga




Tuesday, June 15, 2010

Nasi Dagang Terengganu



Nasi dagang? Apa tu? Nasi kuning ke? Haha... itu adalah persoalan yang bermain dibenak minda tatkala kawan-kawan mengajak saya membeli nasi dagang buat kali pertama pada tahun 2006. Kami membeli nasi tersebut di kedai makan berhadapan dengan kompleks kediaman polis Tok Jembal.

Apa yang pasti nasi dagang kelihatan seperti nasi biasa tetapi agak berwarna-warni sedikit. Selain itu, lauk yang disertakan juga adalah ikan tongkol masak kari (rempah khas untuk nasi dagang) dan acar timun.



Rasanya agak lain sedikit, bermula dari nasi hinggalah ke lauknya. Rasanya memang khas dan eksklusif untuk nasi dagang sahaja. Sedap!!! Lagipun harga untuk sebungkus nasi dagang untuk sarapan pagi cuma RM1.00 sahaja!!! Murahnya!!!! Tetapi kalau di pasar malam, harga standard adalah RM2.50 disebabkan kuantiti nasi dan lauknya yang lebih banyak.

Nasi dagang Mok Ngoh di chendering iaitu 10 km dari bandaraya Kuala Terengganu merupakan nasi dagang paling popular di Terengganu kerana isu kontroversi harga RM45 untuk sepinggan nasi dagang. Kontroversi itu telah mempopularkan lagi gerai Mok Ngoh dan nasi dagang itu sendiri. Nasi Dagang Mok Ngoh memang tersohor di Terengganu sejak tahun 1950 lagi dan menjadi kedai tumpuan pelancong dari luar Terengganu.

Jadi, apa tunggu lagi? jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan yang lazat!! Nyum-nyum...


Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan:

1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa

Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cai.Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan kedalam santan pekat.

Cara:

Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.

Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati. Nasi tidak perlu dikukus lagi.




Monday, June 14, 2010

Otak-otak



Pertama kali saya memakan Otak-otak adalah semasa bulan ramadhan 2008. Pada masa itu kawan saya mengajak saya merasai keenakan hidangan ini. Pada awalnya saya ingatkan otak-otak ni sama dengan pulut panggang (makanan tradisional melayu) kerana ia dibalut dengan daun dan dibakar. Walaubagaimanapun sebenarnya Otak-otak bukanlah berasaskan pulut tetapi ia dihasilkan daripada isi ikan yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Saya belum lagi menikmati hidangan otak-otak yang dikukus.



Otak-otak ini amat mudah diperolehi terutamanya di pasar malam atau pasar minggu sekitar Terengganu. Setakat ini, saya hanya sempat memakan otak-otak buatan penduduk Kuala Terengganu yang saya beli di Pasar malam Gong Badak dan Mengabang Telipot.

Pada awalnya, kawan saya bergurau dan mengatakan otak-otak hanya dibuat daripada otak ikan. Saya begitu cuak kerana mengikut kepercayaan sesetengah orang-orang tua, otak ikan tak baik untuk dimakan kerana ia akan melemahkan daya ingatan. Walaubagaimanapun pada keesokan harinya dia memberitahu, otak-otak sebenarnya adalah diperbuat daripada isi ikan dan bukan otak ikan.

Rasanya agak lain daripada yang lain kerana rasanya yang masam masin manis pedas. Kebiasaannya otak-otak dimakan sebagai makanan ringan dan tidak dimakan bersama nasi. Apakata kalau anda sendiri datang ke Terengganu dan merasai Otak-otak.. hehe.. Jom makan-makan di Terengganu!! Nyum-nyum...

Nama Makanan: Otak-otak

Tempat Makanan:

Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)

Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang jalan Marang

Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)

Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)
Gerai makanan Che Wan
Sepanjang Pantai Geliga



Keropok Lekor Terengganu

Keropok Lekor adalah sejenis makanan snek yang popular di negeri Terengganu. Makanan ini juga merupakan ikon negeri Terengganu kerana sebut sahaja Keropok Lekor pasti akan ingat Terengganu.



Makanan ini diperbuat daripada isi ikan dan adunan tepung yang dibentuk memanjang kemudian dipotong mengikut saiz yang diinginkan. Keropok Lekor boleh didapati dengan mudah di negeri Terengganu dalam bentuk belum masak atau siap masak (Rebus atau goreng).

Kalau di Terengganu, tempat paling popular untuk membeli keropok Lekor adalah di Losong. Jika anda berada di Kuala Terengganu dan ingin membeli keropok lekor (belum dimasak) tetapi tidak mengetahui jalan ke Losong, anda cuma berhentikan kenderaan dan bertanya kepada penduduk tempatan. Saya yakin Losong amat dikenali dikalangan penduduk tempatan dan begitu juga pelancong luar yang sudah lama berada di Terengganu. Mudah bukan? hehe.. Jadi, pastikan anda beli Keropok Lekor untuk dibuat ole-ole nanti!



Apa yang menjadikan keropok Lekor Terengganu berbeza berbanding keropok lekor yang terdapat dinegeri lain adalah kandungan ikannya yang lebih banyak berbanding adunan tepung. Apabila anda pertama kali menikmati hidangan ini, anda akan dapati keropok lekor terengganu lebih kenyal dan lebih 'berasa ikan'. Selain itu, sos yang digunakan juga amat berlainan rasanya. Amat sedap!!

Saya ingin membuat pembetulan mengenai tanggapan sesetengah orang yang mengatakan keropok lekor itu adalah sama dengan keropok keping. Salah! Keropok lekor tidak sama dengan keropok keping!! Keropok keping adalah nipis dan kering serta lebih mirip kepada snek keropok biasa tetapi keropok lekor berbentuk seakan-akan sosej (hotdog) dan bersifat basah.


Setiap kali musim cuti, sudah tentu ramai pelajar atau pekerja luar yang bekerja di Terengganu akan berlumba-lumba untuk membeli keropok Lekor untuk dijadikan ole-ole apabila balik ke kampung masing-masing. Saya tidak terkecuali. Masalah terbesar apabila kita membeli keropok lekor untuk dijadikan ole-ole adalah kerana ia perlu diletak didalam bekas yang kedap udara atau peti sejuk untuk mengelakkannya berbau. Jadi saya cadangkan kepada bakal pelancong negeri Terengganu, sila bawa bekas kedap udara sendiri jika berhajat membeli Keropok Lekor basah. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Betuk dok?



Anda juga boleh membeli keropok lekor siap masak samada rebus atau goreng digerai-gerai sekitar Terengganu. Pastinya keropok Lekor siap masak amat mudah diperolehi dimana-mana sahaja sekitar Terengganu terutamanya diwaktu pagi dan petang!! Wah seronoknya bercuti sambil menikmati hidangan yang lazat!! Nyum-nyum..

Nama Makanan: Keropok Lekor

Tempat Makanan:

Kuala Terengganu
Kampung Losong
Gerai 007 (Berhampiran Masjid Terapung)
Pasar minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga

Marang
Pasar minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang Jalan Marang

Dungun
Pasar minggu Kuala Dungun (Khamis)

Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (Ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)

Besut
Kuala Besut


Sunday, June 13, 2010

Tomyam makanan laut



Terengganu terletak di persisiran pantai dan anda boleh menikmati keindahan pantai dimana-mana sahaja. Disebabkan lokasi berhampiran laut, tidak mustahil kita boleh mendapatkan makanan berasaskan makanan laut dengan mudah. Di Gong Badak Kuala Terengganu umpamanya, anda boleh melihat kerdipan lampu kalimantang berwarna-warni disepanjang jalan raya menandakan ada kedai makan sedang beroperasi disitu. Lampu berwarna-warni ini sudah menjadi pemandangan biasa bagi rakyat Terengganu kerana sektor perkhidmatan dan jualan makanan panas berkembang dengan pesat.

Setakat yang saya tahu, terdapat dua jenis Tomyam iaitu Tomyam sup putih dan Tomyam sup merah. Tidak terdapat banyak perbezaan bagi kedua-dua Tomyam ini, cuma Tomyam sup merah lebih pedas sedikit berbanding dengan Tomyam sup putih.

Anda tidak perlu berhabis duit pergi ke Thailand semata-mata untuk menikmati hidangan Tomyam asli Thai kerana di Terengganu juga terdapat hidangan yang sama dan mudah di temui dimana-mana sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Jom makan-makan di Terengganu!!

Resepi Tomyam Sup Merah

Bahan-Bahan:

* 300 gm Udang
* 300 gm Sotong
* 2 batang Serai
* 2 biji Tomato (dibelah 4)
* 2 helai Daun Limau Purut
* 5 ulas Bawang Besar (dihiris)
* Pes Tomyam secukup rasa
* 1 kiub Pati Ayam
* 750 ml Air
* Sedikit Jus Limau Nipis

Cara Membuat:

1. Air dididihkan bersama tomato, serai, bawang besar serta daun limau purut.
2. Masukkan Udang bersama pes tomyam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
3. Masukkan jus limau nipis secukup rasa.
4. Masukkan sotong dan kacau rata.
5. Hidangkan.

Nama Makanan: Tomyam

Tempat Makanan:

Tempat yang paling popular adalah di restoran Tomyam sekitar Terengganu. Hampir semua restoran atau kedai makanan panas di Terengganu menjual Tomyam. Kebiasaannya dimakan pada waktu malam.


Follower