Keropok Lekor adalah sejenis makanan snek yang popular di negeri Terengganu. Makanan ini juga merupakan ikon negeri Terengganu kerana sebut sahaja Keropok Lekor pasti akan ingat Terengganu.
Makanan ini diperbuat daripada isi ikan dan adunan tepung yang dibentuk memanjang kemudian dipotong mengikut saiz yang diinginkan. Keropok Lekor boleh didapati dengan mudah di negeri Terengganu dalam bentuk belum masak atau siap masak (Rebus atau goreng).
Kalau di Terengganu, tempat paling popular untuk membeli keropok Lekor adalah di Losong. Jika anda berada di Kuala Terengganu dan ingin membeli keropok lekor (belum dimasak) tetapi tidak mengetahui jalan ke Losong, anda cuma berhentikan kenderaan dan bertanya kepada penduduk tempatan. Saya yakin Losong amat dikenali dikalangan penduduk tempatan dan begitu juga pelancong luar yang sudah lama berada di Terengganu. Mudah bukan? hehe.. Jadi, pastikan anda beli Keropok Lekor untuk dibuat ole-ole nanti!
Apa yang menjadikan keropok Lekor Terengganu berbeza berbanding keropok lekor yang terdapat dinegeri lain adalah kandungan ikannya yang lebih banyak berbanding adunan tepung. Apabila anda pertama kali menikmati hidangan ini, anda akan dapati keropok lekor terengganu lebih kenyal dan lebih 'berasa ikan'. Selain itu, sos yang digunakan juga amat berlainan rasanya. Amat sedap!!
Saya ingin membuat pembetulan mengenai tanggapan sesetengah orang yang mengatakan keropok lekor itu adalah sama dengan keropok keping. Salah! Keropok lekor tidak sama dengan keropok keping!! Keropok keping adalah nipis dan kering serta lebih mirip kepada snek keropok biasa tetapi keropok lekor berbentuk seakan-akan sosej (hotdog) dan bersifat basah.
Setiap kali musim cuti, sudah tentu ramai pelajar atau pekerja luar yang bekerja di Terengganu akan berlumba-lumba untuk membeli keropok Lekor untuk dijadikan ole-ole apabila balik ke kampung masing-masing. Saya tidak terkecuali. Masalah terbesar apabila kita membeli keropok lekor untuk dijadikan ole-ole adalah kerana ia perlu diletak didalam bekas yang kedap udara atau peti sejuk untuk mengelakkannya berbau. Jadi saya cadangkan kepada bakal pelancong negeri Terengganu, sila bawa bekas kedap udara sendiri jika berhajat membeli Keropok Lekor basah. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Betuk dok?
Anda juga boleh membeli keropok lekor siap masak samada rebus atau goreng digerai-gerai sekitar Terengganu. Pastinya keropok Lekor siap masak amat mudah diperolehi dimana-mana sahaja sekitar Terengganu terutamanya diwaktu pagi dan petang!! Wah seronoknya bercuti sambil menikmati hidangan yang lazat!! Nyum-nyum..
Nama Makanan: Keropok Lekor
Tempat Makanan:
Kuala Terengganu
Kampung Losong
Gerai 007 (Berhampiran Masjid Terapung)
Pasar minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga
Marang
Pasar minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang Jalan Marang
Dungun
Pasar minggu Kuala Dungun (Khamis)
Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (Ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)
Besut
Kuala Besut
No comments:
Post a Comment