Friday, February 22, 2013

Laksa Terengganu

Hai penggemar makanan negeri Terengganu!! Lama saya tidak menulis dalam blog ini. Anda apa khabar semua? Sihat? Kenyang? owwwhh.. masih lapar ya? Jom makan-makan di Terengganu!! Nyum-nyum!! hehe.

Kali ni saya nak ceritakan tentang keenakan satu lagi makanan tradisi Terengganu.. Anda perna dengar hidangan LAKSA? Ooyeahh, anda pastinya telah biasa mendengar LAKSA PENANG bukan? sebab ia agak popular dari semenanjung hinggalah ke Sabah.. LAKSA TERENGGANU nampaknya masih belum lagi sebaris dengan laksa-laksa dari negeri lain.. tapi itu cuma dari segi populariti je tetapi dari segi rasa dan kualiti, saya tabik springggg dengan LAKSA TERENGGANU!!! Nyumm!! Rasa ikan yang betul2 mencengkam lidah!! Memang menaikkan nafsu dan selera..

Kalau anda berkunjung kerumah kawan-kawan asal Terengganu dan anda dihidangkan dengan LAKSA TERENGGANU, anda jangan pula tercari-cari sudu dan garpu ye.. sebab laksa ini selalunya dimakan menggunakan tangan sahaja. Kadangkala je guna sudu. 


Kalau anda mempunyai info dimana LAKSA TERENGGANU ini boleh didapati dengan mudah (TERMASUK PASAR MALAM). Anda boleh mesej saya DISINI

Jom Makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan Lazat!!! Nyummm-nyumm

No comments:

Post a Comment

Follower

There was an error in this gadget