Tuesday, August 17, 2010
Bufet Ramadhan Agro Resort
Semasa sedang asyik mengeluarkan wang di ATM Bank CIMB di pondok UMT, saya terlihat satu poster iklan promosi Agro Resort sempena bulan ramadhan dimana resort tersebut menawarkan bufet ramadhan dengan harga yang berpatutan. Bagi orang dewasa cuma RM25 dan kanak-kanak pula RM18. Minimum jumlah orang untuk tempahan satu bufet adalah seramai 20 orang. Maknanya, ia sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai.
Selain itu, Agro Resort juga menyediakan kemudahan surau untuk mengadakan solat tarawih berjemaah. Antara hidangan lazat yang dihidangkan adalah seperti sup tulang, ayam percik, keli percik, gulai kawah, siakap, ikan bakar, patin masak tempoyak dan banyak lagi.
Sebagai informasi, Agro resort adalah sebuah destinasi sempurna untuk mereka yang cuba membebaskan diri jauh daripada kesibukan bandar raya. Ia terletak 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar Permaisuri.
Berikutan dikenali dengan konsep agro-pelancongan, terdapat beberapa konsep pertanian yang telah diperakui keunikannya seperti landskap pertanian, kolam memancing ikan, taman herba, dusun sawit, kebun buah-buahan, Agro Theme Park, Oyster Mushroom Project dan Goat Livestock Project sebagai yang merupakan antara tarikan pelancongan di negara ini.
Untuk tempahan, hubungi 09-690 2245/3045
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment