Hari Pertama Berpuasa
Hari ini merupakan hari pertama umat islam di Malaysia menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan dibulan Ramadhan. Perkara utama yang menjadi perhatian kebanyakan rakyat Malaysia adalah hidangan juadah yang bakal dihidangkan semasa waktu berbuka nanti. Begitu juga situasinya yang berlaku di negeri Terengganu.
Tempat yang paling popular pada bulan ramadhan semestinya Bazaar Ramadhan atau pasar ramadhan. Tempat ini menjadi kegemaran penduduk setempat dan pelancong asing kerana terdapat banyak jenis makanan yang dijual seperti kuih-muih tradisional negeri Terengganu, makanan berat seperti nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu biru dan banyak lagi. Terdapat juga ayam percik dan ayam panggang yang dijual dengan harga berpatutan.
Pada hari ini, saya dan rakan-rakan membeli beberapa jenis makanan dan kuih-muih. Gambar-gambar yang saya tunjukkan didalam entri ini merupakan antara santapan kami pada hari pertama berbuka puasa. Saya ingin meminta maaf kerana kualiti gambar-gambar tersebut kerana ia diambil dengan menggunakan webcam. Telefon bimbit saya mengalami kerosakan dan ia sekaligus menyukarkan untuk saya mengambil gambar-gambar menarik semasa berada di bazaar ramadhan.
Bazaar ramadhan yang saya kunjungi adalah Bazaar Ramadhan Batu Enam, Kuala Terengganu. Disana terdapat pelbagai kuih muih yang amat sukar untuk diperolehi pada hari-hari biasa. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah-juadah yang boleh dikategorikan sebagai esotik.
Tips semasa membeli juadah berbuka, jangan rambang mata. Beli apa yang patut sahaja. Tanya dahulu harga makanan yang ingin dibeli supaya tidak tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Antara makanan yang kami beli adalah Sata, kuih Puteri mandi, Kuih Koci, Kuih Apam Dewa, Ayam Percik, Ketupat Terengganu, nasi ayam dan air laici.
Sata: Rm1.00 4 ketul
Kuih Puteri Mandi: Rm1.00 4 ketul
Kuih Koci: Rm1.00 4 ketul
Kuih Apam Dewa: Rm1.00 Sebungkus
Ayam Percik: Rm7.00 1/4 badan ayam
Ketupat: Rm1.00 seikat
Nasi Ayam: RM5.00
Air Laici: Rm4.00 4 Bungkus.
Jadi jumlah semua adalah Rm21 atau seorang hanya perlu membayar Rm5.25 (Bahagi dengan 4 orang). Syukur Alhamdullillah!!
Peta Pasar Batu Enam, Kuala Terengganu
Klik untuk paparan yang lebih jelas. Sila hubungi saya sekiranya ingin mendapatkan lebih informasi di sini
No comments:
Post a Comment