Friday, August 6, 2010

Makan Durian



Sekarang ini merupakan musim durian di negeri Terengganu. Anda boleh melihat ramai pekebun durian yang menjual hasil tanaman disepanjang tepi jalan raya. Semakin hari, harga durian semakin murah. Lambakan buah durian dipasaran menjadikan harga buah durian menurun dengan mendadak.

Sudah satu minggu berturut-turut saya dan rakan serumah membeli dan memakan buah durian. Harganya sangat murah! cuma RM10.00 untuk 5 biji buah!! Cukup untuk dijamah oleh 8 orang. Bagi pelancong asing, kemungkinan mereka amat pelik dengan buah durian kerana baunya yang sangat kuat. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jangan cuma dihidu baunya, apa kata kalau dirasai kenikmatan isi buahnya. Pasti terangkat punya!! Nyum-nyum..

Walaupun buah durian diiktiraf sebagai raja buah dan amat terkenal dikalangan rakyat Malaysia, namun ada segelintir rakyat Malaysia yang enggan menikmati keenakan buah durian kerana takut jatuh sakit. Disini saya ingin memberi satu petua untuk mengelakkan diri jadi demam selepas memakan buah durian. Petuanya adalah, selepas memakan buah durian, kulit buah jangan dibuang. Jadikan tempurung kulit buah sebagai 'gelas' ketika meminum air masak. Petua ini berkesan untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Petua ini saya pelajari daripada kawan saya yang bernama hafez yang merupakan anak jati Terengganu dan ayahnya memiliki sebuah dusun durian di Dungun.

Jom datang ke Terengganu!! Sekarang Musim Buah Durian!! Jangan lepaskan peluang melancong sambil menikmati hidangan buah Durian yang lazat!! Nyum-nyum..


No comments:

Post a Comment

Follower