Wednesday, August 18, 2010

Jalan-jalan di bazaar Ramadhan Siri 1



Untuk edisi khas Berbuka puasa pada entri lepas, saya ada menulis mengenai suasana di Bazaar Ramadhan Batu enam. Kali ini saya ingin bercerita pula mengenai suasana di Bazaar Ramadhan Gong Badak. Ia terletak berhampiran dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Cawangan Gong Badak. Suasananya lebih kurang sama dengan bazaar ramadhan ditempat lain.



Cuma apa yang membezakannya adalah ia terletak berhampiran dua Universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut pendidikan guru dan Insitut Latihan Perindustrian Gong Badak. Disana juga terdapat banyak taman perumahan dan deretan kedai-kedai. Ia telah memberi kelebihan kepada bazaar ramadhan ini apabila dikunjungi oleh ramai orang termasuk pelancong asing.



Disana terdapat beberapa jenis makanan yang agak unik seperti Laksa buyong, Sata warisan dan banyak lagi. Terdapat juga aneka makanan yang dipanggang segar di bazaar seperti ayam golek, udang bakar, pari bakar dan ikan bakar.



Para peniaga disana rata-ratanya akan mengurangkan harga makanan beberapa puluh minit sebelum waktu berbuka. Terdapat satu gerai minuman yang menjual 3 bungkus air buah dengan harga hanya RM2. Begitu juga dengan kuih muih yang pada harga biasa, RM1 untuk 3 ketul dijual murah kepada RM1 untuk 8 ketul!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..


No comments:

Post a Comment

Follower