Sunday, August 29, 2010

Puding buah buatan anak jati Terengganu



Semasa bulan berpuasa ni, mesti kita mudah kecur liur melihat makanan dan minuman sejuk yang dijual dipasar atau bazaar ramadan kan? Antara menu yang menjadi pilihan adalah seperti air tebu, air kacang soya dan pelbagai jenis puding.



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda puding buah kampung yang dibuat sendiri oleh kawan anak jati Terengganu. Kenapa saya gelar ia puding buah kampung? kerana buah-buahan yang digunakan untuk membuat puding tersebut adalah buah kampung atau buah hutan yang banyak terdapat di negeri Terengganu apatah lagi sekarang masih lagi berada dimusim buah-buahan iaitu buah rambutan, nanas dan buah duku.

Rasanya sangat sedap. Ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan paling bawah adalah lapisan susu dan lapisan atas pula adalah lapisan buah-buahan. Wah! Sangat sedap!!



Saya sungguh gembira kerana mendapat kawan baik seperti Rina yang pandai memasak makanan Terengganu. Nanti dilain entri saya akan tulis entri mengenai jenis-jenis makanan yang pernah dimasak olehnya. Semuanya makanan asli negeri Terengganu. Nyum-nyum.. sedap...



Sebelum memakan puding buah, ia perlu terlebih dahulu disejukkan didalam peti sejuk supaya cecair buah mengeras dan enak dimakan.

Anda juga boleh mendapatkan puding ini dibazaar ramadan yang disekitar negeri Terengganu. Jika mempunyai kawan yang berasal negeri Terengganu, tidak salah untuk kita meminta mereka memasak untuk kita. Apa yang pasti air tangan dari negeri Terengganu memang ada ummpphh..



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


No comments:

Post a Comment

Follower