Showing posts with label Penginapan bajet. Show all posts
Showing posts with label Penginapan bajet. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Felda Residence Kuala Terengganu

FELDA Residence Kuala Terengganu dengan kapasiti 100 bilik yang strategik terletak di tengah-tengah bandar yang menghadap Sungai Terengganu. Hotel ini mudah ditemui, hanya 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu dan terminal bas berhampiran Pasar Payang hanya jarak yang cukup dekat.

Menekankan nilai harga murah dan keselesaan, ia sebuah tempat yang ideal untuk pelancong perniagaan mahupun rekreasi yang inginkan penginapan moden atau tradisional yang mempunyai perkhidmatan dan prasarana yang terbaik

Anugerah yang telah dimiliki:

Runner-up
in "Malaysia Tourism Awards 2008/ 2009" by Ministry of Tourism Malaysia
in 3 Star City Hotel Category
for "Best Hotel Services"

Alamat:

Felda Residence Kuala Terengganu
Kampung Binjai Bongkok
21400 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6321111

Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort di bina menghadap Laut China Selatan.

Terletak di Dungun, Terengganu. Perkataan Ulek bermakna manja. Oleh itu pihak hotel memilih perkatan untuk untuk memanjakan semua pengunjung hotel di sini.

Suasana Hotel ini adalah sama dengan suasana Kemelayuan. Ia akan memberi satu pengalaman yang sangat menarik kepada pengunjung.

Ulek Beach Resort
Jln Pantai, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-848 1100 Fax: 09-848 2200

Rumbia Resort Villa

Rumbia Resort Villa (ex. Radius Resort Villa), terletak berdekatan kampung nelayan yang tenang di Paka, Terengganu, menawarkan bungalow yang mewah dan semi-berasingan vila dengan kemudahan resort dan kemudahan. Kebanyakan direka untuk pelancong perniagaan mahupun unutk mereka yang ingin berhibur.

Rumbia Resort Villa (ex. Radius Resort Villa), terletak di kawasan seluas 15 hektar dengan suasana tropika yang menghadap ke Sungai Paka dan Laut China Selatan. Pusat berlokasi di sepanjang pantai Terengganu, resort bungalow menawarkan (40 unit) dan semi-berasingan villa sebanyak (56 unit)

Lot 3573 Mukim Kuala Paka
23100 Daerah Dungun,Terengganu Darul Iman
Malaysia

Tel : 609-827 2020
Fax : 609-827 2759

Tuesday, August 17, 2010

Bufet Ramadhan Agro Resort



Semasa sedang asyik mengeluarkan wang di ATM Bank CIMB di pondok UMT, saya terlihat satu poster iklan promosi Agro Resort sempena bulan ramadhan dimana resort tersebut menawarkan bufet ramadhan dengan harga yang berpatutan. Bagi orang dewasa cuma RM25 dan kanak-kanak pula RM18. Minimum jumlah orang untuk tempahan satu bufet adalah seramai 20 orang. Maknanya, ia sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Selain itu, Agro Resort juga menyediakan kemudahan surau untuk mengadakan solat tarawih berjemaah. Antara hidangan lazat yang dihidangkan adalah seperti sup tulang, ayam percik, keli percik, gulai kawah, siakap, ikan bakar, patin masak tempoyak dan banyak lagi.



Sebagai informasi, Agro resort adalah sebuah destinasi sempurna untuk mereka yang cuba membebaskan diri jauh daripada kesibukan bandar raya. Ia terletak 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar Permaisuri.

Berikutan dikenali dengan konsep agro-pelancongan, terdapat beberapa konsep pertanian yang telah diperakui keunikannya seperti landskap pertanian, kolam memancing ikan, taman herba, dusun sawit, kebun buah-buahan, Agro Theme Park, Oyster Mushroom Project dan Goat Livestock Project sebagai yang merupakan antara tarikan pelancongan di negara ini.

Untuk tempahan, hubungi 09-690 2245/3045



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..




Tuesday, June 29, 2010

Homestay Haji Aker, Besut





Alamat Homestay:

Homestay Hj Aker
No. 10,Jalan Tengku Long, Kampung Raja
Besut, Terengganu.

Deskripsi Lokasi Homestay:

-10 minit ke bandar Jerteh dan 10 minit ke Jeti Kuala Besut (bot ke Pulau Perhentian)
- Berhadapan Desa Ukiran Kayu
-10 minit ke Pantai Peranginan Air Tawar, Pantai Bukit Keluang, MRSM Kota Putra, Institut Perguruan Sultan Mizan, IKM Besut dan ILIM Besut.
-5 minit ke pasar besar Kampung Raja(pasar basah & deretan kedai makan)
-3 minit ke Klinik Kesihatan, Pos Malaysia & Balai Polis

Deskripsi Homestay:

Banglo 1 tingkat dengan keluasan halaman rumah yang besar (boleh parking 7 kereta serentak)berpagar. Suasana kampung yang tenang dan nyaman.

- 3 bilik tidur (air-conditioner)
- 3 bilik air(1 hot shower)
- Peralatan lengkap untuk memasak(dapur,peti sejuk, kettle, etc)
- Ruang tamu yang luas lengkap dengan TV Astro, sofa, etc
- Mesin basuh disediakan
- Mempunyai pokok rambutan, ciku, mangga, & betik di halaman belakang rumah

- Kadar Sewa:RM 200/hari.
Sangat berpatutan dengan kemudahan dan fasiliti yang disediakan!

Hubungi: Hj. Aker 019-9856835 / Hjh. Zainatul 019-9864920

(Informasi disalin daripada mudah.my)




Sunday, June 20, 2010

Zahraa Homestay Gong Badak

Mesti melecehkan kalau sukar untuk mendapatkan penginapan yang murah jika bajet yang kita ada sangat sedikit. Jadi saya mencadangkan cara yang terbaik untuk kita menjimatkan kos adalah dengan menginap di homestay. Kali ini, saya ingin memperkenalkan sebuah rumah yang dijadikan homestay di Gong Badak, Kuala Terengganu. Disamping harga berpatutan, homestay juga kebiasaannya terletak berhampiran dengan kawasan kedai makanan yang menjual makanan-makanan yang menyelerakan. Jadi ia amat berbaloi!






Lokasi:
200 m hadapan Masjid UDM jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah Gong Badak.

Berdekatan:

0.3 km UDM, 1.5 km UMT, 0.3 km Bank Rakyat, 6 km MRSM, 10 km Masjid Kristal.

Kemudahan:

  1. Merangkumi 3 bilik tidur 3 bilik air , ruang tamu dan parking kenderaan yang luas.
  2. Bilik utama mengandungi air condioner, kipas angin, tandas, set katil.
  3. Bilik 2 & 3 ada kipas dan set katil. Kelengkapan lain set sofa, meja makan, TV, peti ais, mesin basuh, cerek dll.

Kemudahan berdekatan:

Masjid, kedai makan, pasar raya HKS, ATM bank, pantai.

Harga:

Rm150 sehari, pakage istimewa untuk mingguan atau bulanan.

Sila hubungi Aminah: 019-9890649

(Informasi disalin daripada mudah.my)



Saturday, June 19, 2010

Makan Malam di Gem Beach Resort



Di negeri Terengganu, pelancong tidak perlu gusar mengenai penginapan jika datang melancong di negeri ini. Ia kerana terdapat banyak tempat-tempat penginapan untuk didiami seperti hotel, resort dan homestay yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.

Salah satu resort yang terdapat di Terengganu ialah Gem Beach Resort yang terletak 15 KM daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh Resort untuk kemudahan pelanggan, antaranya adalah bilik penginapan, kolam renang, penganjuran majlis keramaian dan lain-lain.



Gem Beach Resort menjadi salah satu destinasi pilihan pihak syarikat korporat atau institut pengajian tinggi tempatan yang berhampiran untuk mengadakan program Makan malam. Kelab ENTECH iaitu salah sebuah kelab di UMT telah mengadakan program makan malam disana untuk meraikan ahli kelab yang bakal bergraduat. Resort tersebut dipilih sebagai lokasi program makan malam kelab kerana lokasinya yang strategik dan harga makanan yang berpatutan disamping perkhidmatan yang boleh dipercayai.



Program makan malam kelab diadakan dalam suasana terbuka, iaitu lokasi makan malam yang dibuat dikawasan luar resort. Suasana yang mengasyikkan disamping pemandangan yang mendamaikan diwaktu malam telah mewujudkan suasana tenang dan seolah-olah majlis yang kami buat berada jauh dari kawasan bandar.

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang disediakan di Gem Beach Resort. Pada malam itu, menu yang dipilih adalah makanan melayu yang digabungkan dengan makanan cina. Tidak dilupakan makanan ikon Terengganu iaitu Keropok Lekor sebagai makanan sampingan dan puding buah sebagai pencuci mulut. Air yang disediakan adalah air sirap laici dan teh cina.



Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Antaranya adalah Ikan Kerapu masak stim, Cendawan tumis, Sotong masak merah, Gulai Ayam, Sup ayam, dan Sup sayur campur. Saya makan dua pinggan nasi, Haha. Makanannya sangat sedap!

Pada malam itu, disamping bergaya sakan dengan memakai pakaian yang berfesyen mengikut tema, kami juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara satu sama lain.

Kemudahan yang disediakan oleh Gem Beach Resort memang tidak mengecewakan. Satu hari nanti, saya akan kesana lagi untuk menikmati perkhidmatan makanan dan penginapan yang memuaskan!

Jom Makan-makan di Terengganu! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...

Berapa harga penginapan dan perkhidmatan lain?

Untuk mengetahui mengenai harga penginapan dan perkhidmatan, Sila klik sini http://www.gembeach.net/accommodation.html

Bagaimana cara untuk ke Gem Beach Resort, Batu Rakit?


Menggunakan Bas:
Daripada Pudu Raya KL sentral, disana terdapat perkhidmatan bas ekspres yang bergerak ke Bandar Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 7 Jam. Daripada bandar Kuala Terengganu, naik teksi ke Perkampungan nelayan Batu Rakit untuk ke Gem Beach Resort.

Menggunakan Penerbangan:
Malaysia Airlines (MAS) dan AIRASIA melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada setiap hari. Setelah tiba di Kuala Terengganu, naiki teksi ke Perkampungan Nelayan Batu Rakit untuk ke Gem Beach Resort.



Wednesday, June 16, 2010

Auni Homestay, Kuala Ibai, Kuala Terengganu







AUNI HOMESTAY, KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU

UNTUK SEWA HARIAN SATU RUMAH
RM130.00 (Hari Biasa)
RM150.00 (Hujung Minggu/Cuti Umum)
Harga masih boleh dirunding

KEMUDAHAN:
1 Bilik tidur (Air-cond + Kipas )
1 Bilik tidur ( Kipas )
Ruang Tamu 12 X 30
Peti sejuk, TV 21 ”, sofa, meja makan, seterika, cerek lektrik, pembakar roti,
Water Heater, 2 Tuala & 2 selimut

EXTRA
2 bantal dan 2 tilam single
Kawasan parking yang luas ( 3/4 kereta)

LOKASI
Lebih kurang 7 kilometer dari pusat bandar dan BERHAMPIRAN :
Ibai Golf Resort ( 1/4 km)
Masjid Terapung ( 1/2 km )
Pasaraya Mydin Kuala Ibai (1/2 km )
TER ( Terengganu Equastrian Resort) (1 km)
Pantai Batu Burok (3 Km)
Nor Arfa Batik ( 3 km )
UITM Chendering ( 4 km )
Masjid Rusila ( 4 km )
Masjid Kristal (10 km)

ALAMAT RUMAH
710 K, Lorong Chempaka 5, Lot Pindahan Tok Adis,
20400 Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

HUBUNGI : 019-9848014 (AZLAN BIN ALI )
e-mail : alan_rajawali@yahoo.com.my


(Informasi diambil di mudah.my)





Tuesday, June 15, 2010

Sutra Beach Resort And Spa



Beberapa bulan yang lalu, saya telah menginap di Sutra Beach Resort kerana menyertai sebuah program motivasi yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program itu dijalankan di Sutra Beach Resort. Sepanjang berada disana, saya amat teruja dengan fasiliti yang disediakan kepada pelanggan. Saya menginap disebuah bilik yang dilengkapi dengan 2 buah katil standard, televisyen dan beberapa aksesori bilik yang cantik dan mendamaikan mata memandang.

Program Motivasi dijalankan disebuah dewan Sri Utama yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada peserta-peserta Program Motivasi ia termasuklah ceramah, aktiviti nyanyian dan sesi soal jawab.



Pada waktu lapang, kami telah pergi ke kolam renang yang disediakan khas untuk pelanggan resort. Kolam renang itu terletak betul-betul berhadapan dengan laut dan pantai. Apabila kita mandi didalam kolam renang tersebut, kita dapat membayangkan seolah-olah kita sedang mandi air laut. Pengalaman itu sungguh menyeronokkan!

Restoran makanan terletak betul-betul dihadapan pintu masuk dan ia amat mudah untuk ditemui. Pelbagai jenis makanan disediakan kepada pelanggan terutamanya makanan asli Terengganu seperti nasi minyak dan ayam masak merah.

Bagaimana hendak ke sana? Jarak Sutra Beach Resort terletak 35 Km dari bandar Kuala Terengganu iaitu bersamaan 35 Minit jika memandu kereta, 10 Minit jika memandu ke Jeti Merang, 25 Minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (25 Km) dan 2 minit memandu ke Terengganu International Endurance Park.



Kemudahan bilik penginapan

Setiap Bilik mengandungi Pendingin hawa, bilik mandi, peti sejuk Televisyen dengan pilihan saluran astro, peralatan dan bahan membuat kopi dan teh.
Kadar

RM 200.00
Bilik Standard

RM 230.00
Bilik Deluxe Tropical

RM 250.00
Bilik Deluxe Seaview

RM 750.00
Suite





Sunday, June 13, 2010

Homestay Di Gong Badak

Perkara pokok yang menjadi masalah kepada orang luar yang berkunjung ke Terengganu adalah berkenaan dengan tempat penginapan yang mahal melebihi bajet (Hotel dan Resort). Yelah, kunjungan ke Terengganu semata-mata kerana ingin menikmati juadah yang lazat-lazat, tetapi tempat tinggal pula menjadi masalah. Bukan ke ni kacau stim? hehe

Namun, semua itu kini dapat diselesaikan dengan menempah penginapan homestay yang banyak terdapat disekitar Terengganu. Kebiasaannya homestay ini terletak berhampiran dengan kedai-kedai makan yang menghidangkan sajian asli negeri Terengganu. Maka, ia bakal memudahkan pelancong-pelancong menikmati makanan enak sambil merasai sendiri suasana dan aktiviti penduduk tempatan

Saya juga kerap memilih homestay sekiranya keluarga dari negeri Sabah atau Selangor berkunjung ke Terengganu. Bukan sahaja murah dan menjimatkan malahan ia memberi satu suasana yang lebih menyeronokkan. Kita dapat merasai sendiri suasana sebenar kehidupan di negeri Terengganu.. hehe

Dibawah adalah salah satu contoh Homestay yang terletak di Mengabang Telipot dan Gong Badak, Kuala Terengganu.





Deskripsi Homestay:
- Banglo 8 bilik tidur
- keluasan Bilik 12x13-17x13
- 6 bilik air
- 1km dari Unisza,UMT,ILP
- Berdekatan dengan pantai
- Harga bagi Homestay RM40- RM80 Sebilik

Untuk membuat tempahan, sila terus berhubung dengan AB Hadi: 012-9501859
(Informasi Penginapan bajet ini diperolehi daripada mudah.my)




Follower