Wednesday, August 18, 2010
Putihnya pasir pantai di Terengganu
Adakah anda ingin menikmati percutian dipantai yang putih bersih? Adakah anda ingin menikmati pemandangan menakjubkan laut china selatan? adakah anda ingin menikmati bayu laut dan suasana tepi pantai yang mendamaikan? Saya yakin tempat yang perlu anda masukkan dalam senarai pilihan anda adalah negeri Terengganu!
Kebiasaannya disepanjang jalan di pantai-pantai Terengganu, terdapat gerai dan kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok lekor, sosej, bebola ikan, pisang goreng, ubi goreng dan pelbagai jenis air buah.
Selain itu terdapat juga peniaga yang menjual cenderahati terutamanya pelbagai bentuk layang-layang. Terengganu memang terkenal dengan permainan layang-layang kerana Terengganu terletak dipersisiran pantai kawasan pantai timur semenanjung Malaysia dan menerima tiupan angin yang sederhana.
Berikut merupakan antara kawasan pantai yang menarik dinegeri Terengganu Pantai Air Tawar, Pantai Batu Buruk, Pantai Batu Rakit, Pantai Bukit Keluang, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Pantai Kemasik, Pantai Kijal, Pantai Merang, Pantai Paka, Pantai Penarik, Pantai Teluk Bidara, Pantai Tanjung Jara dan Pantai Rantau Abang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment