Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Jom Memancing di negeri Terengganu Siri 2


Umpan yang selalu digunakan

Kalau pada entri lepas saya ada menceritakan kepada anda semua jenis umpan yang saya selalu gunakan, kali ini saya ingin tunjukkan pula joran dan topi keselamatan yang saya selalu gunakan ketika memancing.


2 buah joran milik saya.

Saya memiliki dua buah joran dimana yang satu bersaiz kecil dan satu lagi bersaiz sederhana. Saya menggunakan saiz kecil ketika memancing dikawasan air tawar seperti kolam air tawar dan sungai. Manakala saiz sederhana pula saya gunakan ketika memancing dikawasan tepi pantai seperti di Pantai Teluk Ketapang.

Di Kuala Terengganu misalnya, terdapat banyak kedai peralatan memancing yang boleh dikunjungi untuk membeli joran yang diinginkan. Salah satu tempatnya adalah Kedai Pancing Chop Lee Hong;

Kedai Pancing Chop Lee Hong
No. 73, Jalan Kampung China (Jalan Bandar), 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: 09-622 1464

Antara musuh utama pemancing-pemancing adalah keadaan cuaca yang berubah-ubah mengikut musim di negeri Terengganu. Jalan terbaik adalah menyediakan payung, topi sesuai untuk elak panas dan sebagainya yang berpatutan.


Topi yang sesuai elak cahaya matahari yang terik

Jadi kepada sesiapa yang ingin memancing dan mendapat hasil ikan yang memuaskan, Jom memancing di negeri Terengganu!!


Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...



Sunday, September 26, 2010

Jom Memancing di negeri Terengganu Siri 1




Memancing!! Ia merupakan satu aktiviti yang amat popular di negeri Terengganu. Kedudukan atau lokasi negeri Terengganu yang terletak dipersisiran pantai dan juga mempunyai banyak alur air dan kolam air menjadikan negeri ini lokasi sesuai untuk aktiviti memancing!

Saya sendiri telah terikut-ikut dengan kawan-kawan yang gemar memancing terutamanya pada waktu cuti. Kawasan memancing yang paling popular adalah di Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Tok Jembal.



Baiklah, mari saya perkenalkan kepada anda jenis umpan yang kami gunakan. Kami gemar menggunakan udang sebagai umpan kerana ia menjadi kegemaran kebanyakan ikan air laut. Tapi harus diingat! Udang mestilah udang yang segar. Kalau da lama busuk, susah nak dapat ikan.



Jadi bagaimana caranya? Caranya mudah, anda beli pam udara mudah alih yang bersaiz kecil dan juga bekas plastik. Letakkan udang anda yang masih hidup kedalam air tu dan pastikan bateri pam udara mencukupi supaya dapat mengelakkan udang-udang tersebut mati.

Memandangkan kami bakal memancing selama 2 hari berturut-turut, kami terpaksa membeli udang hidup dalam kuantiti yang banyak. Udang-udang ini diletakkan didalam bekas air yang besar (buatan sendiri) dan menggunakan 3 pam udara mudah alih.

INFO UNTUK YANG INGIN SEWA BOT

Pakej 1 Candat dan Memancing
* Masa pukul 5 petang hingga 12 tengahari keesokan harinya
* Jenis Bot Kelas A
* Bayaran RM 900 bagi sebuah bot
* 15 pemancing disertai oleh 2 tekong bot nelayan berpengalaman
* Dapur, tempat rehat dan jaket keselamatan disediakan
* Umpan disediakan
* Peralatan memancing tidak disediakan

Pakej 2 Memancing
* Masa pukul 5 petang hingga 7 pagi keesokan harinya
* Jenis Bot Kelas A
* Bayaran RM 700 bagi sebuah bot
* 15 pemancing disertai oleh 2 tekong bot nelayan berpengalaman
* Dapur, tempat rehat dan jaket keselamatan disediakan
* Umpan bawa sendiri (boleh beli diperlabuhan)
* Peralatan memancing tidak disediakan

Pakej 2 candat
* Masa pukul 5 petang hingga 7 pagi keesokan harinya
* Jenis Bot Kelas A
* Bayaran RM 700 bagi sebuah bot
* 15 pemancing disertai oleh 2 tekong bot nelayan berpengalaman
* Dapur, tempat rehat dan jaket keselamatan disediakan
* Umpan bawa sendiri (boleh beli diperlabuhan)
* Peralatan memancing tidak disediakan

Untuk maklumat lanjut sila ke http://sewa-bot.blogspot.com atau Boleh hubungi saya 019-9407070 hadri


Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...




Thursday, September 16, 2010

Ikan Nemo antara ikon negeri Terengganu



Siapa yang tak kenal spesis ikan Nemo? spesis ikan yang pernah diangkat kedalam cerita filem Hollywood pada tahun 2003 iaitu filem animasi Finding Nemo. Filem ini bukan sahaja menawan hati masyarakat di hollywood malahan menawan hati masyarakat seluruh dunia. Dalam sekelip mata sahaja, spesis ikan nemo menjadi terkenal!

Untuk pengetahuan semua, ikan nemo atau nama saintifiknya Amphiprion percula adalah sejenis ikan yang banyak terdapat di lautan pasifik tropika termasuk di perairan negeri Terengganu. Kebiasaannya, ikan nemo ditemui dikawasan rumpai laut atau terumbu karang yang merupakan habitat tetap mereka.



Semasa sukan sukma 2008 di negeri Terengganu, ikan nemo telah dipilih sebagai maskot rasmi sukan sukma pada tahun itu. Acara sukan kebangsaan itu telah menaikkan lagi populariti spesis ikan nemo dan menjadi bukti bahawa ikan nemo merupakan salah satu ikon kebanggaan negeri Terengganu.

Di Universiti Malaysia Terengganu umpamanya, pelbagai kajian marin telahpun dibuat yang melibatkan hidupan-hidupan marin termasuk ikan nemo. Kajian-kajian ini sebenarnya banyak membantu dalam melestarikan ekosistem marin disamping mengelakkan kepupusan pelbagai spesis hidupan laut. Gambar-gambar dibawah adalah ikan Nemo yang diletak didalam Akuarium di Universiti Malaysia Terengganu. Sungguh cantik bukan?







Di negeri Terengganu, anda amat mudah untuk mendapatkan koleksi anak patung ikan nemo dalam pelbagai saiz. Anda bolehlah membeli satu anak patung ikan nemo sebagai cenderahati nanti.



Nak melihat ikan Nemo melalui aktiviti skuba atau snorkeling? Jom datang negeri Terengganu!! Kalau da berada di Terengganu kelak, jangan lupa merasai keenakan juadah makanan di sini ye!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


Sunday, August 29, 2010

Puding buah buatan anak jati Terengganu



Semasa bulan berpuasa ni, mesti kita mudah kecur liur melihat makanan dan minuman sejuk yang dijual dipasar atau bazaar ramadan kan? Antara menu yang menjadi pilihan adalah seperti air tebu, air kacang soya dan pelbagai jenis puding.



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda puding buah kampung yang dibuat sendiri oleh kawan anak jati Terengganu. Kenapa saya gelar ia puding buah kampung? kerana buah-buahan yang digunakan untuk membuat puding tersebut adalah buah kampung atau buah hutan yang banyak terdapat di negeri Terengganu apatah lagi sekarang masih lagi berada dimusim buah-buahan iaitu buah rambutan, nanas dan buah duku.

Rasanya sangat sedap. Ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan paling bawah adalah lapisan susu dan lapisan atas pula adalah lapisan buah-buahan. Wah! Sangat sedap!!



Saya sungguh gembira kerana mendapat kawan baik seperti Rina yang pandai memasak makanan Terengganu. Nanti dilain entri saya akan tulis entri mengenai jenis-jenis makanan yang pernah dimasak olehnya. Semuanya makanan asli negeri Terengganu. Nyum-nyum.. sedap...



Sebelum memakan puding buah, ia perlu terlebih dahulu disejukkan didalam peti sejuk supaya cecair buah mengeras dan enak dimakan.

Anda juga boleh mendapatkan puding ini dibazaar ramadan yang disekitar negeri Terengganu. Jika mempunyai kawan yang berasal negeri Terengganu, tidak salah untuk kita meminta mereka memasak untuk kita. Apa yang pasti air tangan dari negeri Terengganu memang ada ummpphh..



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


Wednesday, August 18, 2010

Putihnya pasir pantai di Terengganu



Adakah anda ingin menikmati percutian dipantai yang putih bersih? Adakah anda ingin menikmati pemandangan menakjubkan laut china selatan? adakah anda ingin menikmati bayu laut dan suasana tepi pantai yang mendamaikan? Saya yakin tempat yang perlu anda masukkan dalam senarai pilihan anda adalah negeri Terengganu!



Kebiasaannya disepanjang jalan di pantai-pantai Terengganu, terdapat gerai dan kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok lekor, sosej, bebola ikan, pisang goreng, ubi goreng dan pelbagai jenis air buah.



Selain itu terdapat juga peniaga yang menjual cenderahati terutamanya pelbagai bentuk layang-layang. Terengganu memang terkenal dengan permainan layang-layang kerana Terengganu terletak dipersisiran pantai kawasan pantai timur semenanjung Malaysia dan menerima tiupan angin yang sederhana.



Berikut merupakan antara kawasan pantai yang menarik dinegeri Terengganu Pantai Air Tawar, Pantai Batu Buruk, Pantai Batu Rakit, Pantai Bukit Keluang, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Pantai Kemasik, Pantai Kijal, Pantai Merang, Pantai Paka, Pantai Penarik, Pantai Teluk Bidara, Pantai Tanjung Jara dan Pantai Rantau Abang.





Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..


Jalan-jalan di bazaar Ramadhan Siri 1



Untuk edisi khas Berbuka puasa pada entri lepas, saya ada menulis mengenai suasana di Bazaar Ramadhan Batu enam. Kali ini saya ingin bercerita pula mengenai suasana di Bazaar Ramadhan Gong Badak. Ia terletak berhampiran dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Cawangan Gong Badak. Suasananya lebih kurang sama dengan bazaar ramadhan ditempat lain.



Cuma apa yang membezakannya adalah ia terletak berhampiran dua Universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut pendidikan guru dan Insitut Latihan Perindustrian Gong Badak. Disana juga terdapat banyak taman perumahan dan deretan kedai-kedai. Ia telah memberi kelebihan kepada bazaar ramadhan ini apabila dikunjungi oleh ramai orang termasuk pelancong asing.



Disana terdapat beberapa jenis makanan yang agak unik seperti Laksa buyong, Sata warisan dan banyak lagi. Terdapat juga aneka makanan yang dipanggang segar di bazaar seperti ayam golek, udang bakar, pari bakar dan ikan bakar.



Para peniaga disana rata-ratanya akan mengurangkan harga makanan beberapa puluh minit sebelum waktu berbuka. Terdapat satu gerai minuman yang menjual 3 bungkus air buah dengan harga hanya RM2. Begitu juga dengan kuih muih yang pada harga biasa, RM1 untuk 3 ketul dijual murah kepada RM1 untuk 8 ketul!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..


Thursday, August 12, 2010

Hidangan istimewa Berbeteng Cafe, Taman Tamadun Islam



Sebelum ini saya ada menulis entri mengenai kunjungan kami ke Berbeteng Kafe yang terletak di Taman Tamadun Islam. Kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda mengenai beberapa menu hidangan yang terdapat disana.


Menu 1: Kutfa bebola daging kambing


Menu 2: Masaka


Menu 3: Nasi Beriani TTI

Sebagai informasi, restoran ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 11 malam dan kadang-kadang dibuka sehingga jam 5 pagi jika ada acara besar diadakan di sekitar Taman Tamadun Islam. Antara makanan yang dihidangkan untuk santapan pengunjung adalah seperti Makanan Arabic, Makanan Barat dan Makanan Tempatan.

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum..


Klik Gambar untuk melihat Peta lebih jelas



Wednesday, August 11, 2010

Keindahan Terumbu Karang di perairan Pulau Lang Tengah Siri 1

Saya sungguh gembira kerana salah seorang kawan saya telah membenarkan saya menggunakan gambar-gambar miliknya untuk digunakan bagi tujuan menulis artikel ini. Kawan saya bersama-sama beberapa delegasi penyelidik melakukan persampelan terumbu karang disana. Semasa berada didalam dasar laut, kawan saya mengambil gambar keindahan pemandangan terumbu karang dan hidupan laut.

Disana juga terdapat resort penginapan seperti Blue Coral Island Resort. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Resort ini, sila pergi ke laman web ini http://www.malaysiaislandresorts.com/

Terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut yang terdapat didasar laut Pulau Lang Tengah termasuklahh ikan Nemo yang sangat popular dan menjadi antara ikon negeri Terengganu.












Peta Pulau Lang Tengah

Sila Klik untuk paparan yang lebih jelas.

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..






Follower