Tuesday, June 15, 2010

Sutra Beach Resort And Spa



Beberapa bulan yang lalu, saya telah menginap di Sutra Beach Resort kerana menyertai sebuah program motivasi yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program itu dijalankan di Sutra Beach Resort. Sepanjang berada disana, saya amat teruja dengan fasiliti yang disediakan kepada pelanggan. Saya menginap disebuah bilik yang dilengkapi dengan 2 buah katil standard, televisyen dan beberapa aksesori bilik yang cantik dan mendamaikan mata memandang.

Program Motivasi dijalankan disebuah dewan Sri Utama yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada peserta-peserta Program Motivasi ia termasuklah ceramah, aktiviti nyanyian dan sesi soal jawab.



Pada waktu lapang, kami telah pergi ke kolam renang yang disediakan khas untuk pelanggan resort. Kolam renang itu terletak betul-betul berhadapan dengan laut dan pantai. Apabila kita mandi didalam kolam renang tersebut, kita dapat membayangkan seolah-olah kita sedang mandi air laut. Pengalaman itu sungguh menyeronokkan!

Restoran makanan terletak betul-betul dihadapan pintu masuk dan ia amat mudah untuk ditemui. Pelbagai jenis makanan disediakan kepada pelanggan terutamanya makanan asli Terengganu seperti nasi minyak dan ayam masak merah.

Bagaimana hendak ke sana? Jarak Sutra Beach Resort terletak 35 Km dari bandar Kuala Terengganu iaitu bersamaan 35 Minit jika memandu kereta, 10 Minit jika memandu ke Jeti Merang, 25 Minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (25 Km) dan 2 minit memandu ke Terengganu International Endurance Park.



Kemudahan bilik penginapan

Setiap Bilik mengandungi Pendingin hawa, bilik mandi, peti sejuk Televisyen dengan pilihan saluran astro, peralatan dan bahan membuat kopi dan teh.
Kadar

RM 200.00
Bilik Standard

RM 230.00
Bilik Deluxe Tropical

RM 250.00
Bilik Deluxe Seaview

RM 750.00
Suite





No comments:

Post a Comment

Follower