Saturday, June 19, 2010

Makan Malam di Gem Beach Resort



Di negeri Terengganu, pelancong tidak perlu gusar mengenai penginapan jika datang melancong di negeri ini. Ia kerana terdapat banyak tempat-tempat penginapan untuk didiami seperti hotel, resort dan homestay yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.

Salah satu resort yang terdapat di Terengganu ialah Gem Beach Resort yang terletak 15 KM daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh Resort untuk kemudahan pelanggan, antaranya adalah bilik penginapan, kolam renang, penganjuran majlis keramaian dan lain-lain.



Gem Beach Resort menjadi salah satu destinasi pilihan pihak syarikat korporat atau institut pengajian tinggi tempatan yang berhampiran untuk mengadakan program Makan malam. Kelab ENTECH iaitu salah sebuah kelab di UMT telah mengadakan program makan malam disana untuk meraikan ahli kelab yang bakal bergraduat. Resort tersebut dipilih sebagai lokasi program makan malam kelab kerana lokasinya yang strategik dan harga makanan yang berpatutan disamping perkhidmatan yang boleh dipercayai.



Program makan malam kelab diadakan dalam suasana terbuka, iaitu lokasi makan malam yang dibuat dikawasan luar resort. Suasana yang mengasyikkan disamping pemandangan yang mendamaikan diwaktu malam telah mewujudkan suasana tenang dan seolah-olah majlis yang kami buat berada jauh dari kawasan bandar.

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang disediakan di Gem Beach Resort. Pada malam itu, menu yang dipilih adalah makanan melayu yang digabungkan dengan makanan cina. Tidak dilupakan makanan ikon Terengganu iaitu Keropok Lekor sebagai makanan sampingan dan puding buah sebagai pencuci mulut. Air yang disediakan adalah air sirap laici dan teh cina.



Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Antaranya adalah Ikan Kerapu masak stim, Cendawan tumis, Sotong masak merah, Gulai Ayam, Sup ayam, dan Sup sayur campur. Saya makan dua pinggan nasi, Haha. Makanannya sangat sedap!

Pada malam itu, disamping bergaya sakan dengan memakai pakaian yang berfesyen mengikut tema, kami juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara satu sama lain.

Kemudahan yang disediakan oleh Gem Beach Resort memang tidak mengecewakan. Satu hari nanti, saya akan kesana lagi untuk menikmati perkhidmatan makanan dan penginapan yang memuaskan!

Jom Makan-makan di Terengganu! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...

Berapa harga penginapan dan perkhidmatan lain?

Untuk mengetahui mengenai harga penginapan dan perkhidmatan, Sila klik sini http://www.gembeach.net/accommodation.html

Bagaimana cara untuk ke Gem Beach Resort, Batu Rakit?


Menggunakan Bas:
Daripada Pudu Raya KL sentral, disana terdapat perkhidmatan bas ekspres yang bergerak ke Bandar Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 7 Jam. Daripada bandar Kuala Terengganu, naik teksi ke Perkampungan nelayan Batu Rakit untuk ke Gem Beach Resort.

Menggunakan Penerbangan:
Malaysia Airlines (MAS) dan AIRASIA melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada setiap hari. Setelah tiba di Kuala Terengganu, naiki teksi ke Perkampungan Nelayan Batu Rakit untuk ke Gem Beach Resort.



No comments:

Post a Comment

Follower