Sunday, August 29, 2010

Puding buah buatan anak jati Terengganu



Semasa bulan berpuasa ni, mesti kita mudah kecur liur melihat makanan dan minuman sejuk yang dijual dipasar atau bazaar ramadan kan? Antara menu yang menjadi pilihan adalah seperti air tebu, air kacang soya dan pelbagai jenis puding.



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda puding buah kampung yang dibuat sendiri oleh kawan anak jati Terengganu. Kenapa saya gelar ia puding buah kampung? kerana buah-buahan yang digunakan untuk membuat puding tersebut adalah buah kampung atau buah hutan yang banyak terdapat di negeri Terengganu apatah lagi sekarang masih lagi berada dimusim buah-buahan iaitu buah rambutan, nanas dan buah duku.

Rasanya sangat sedap. Ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan paling bawah adalah lapisan susu dan lapisan atas pula adalah lapisan buah-buahan. Wah! Sangat sedap!!



Saya sungguh gembira kerana mendapat kawan baik seperti Rina yang pandai memasak makanan Terengganu. Nanti dilain entri saya akan tulis entri mengenai jenis-jenis makanan yang pernah dimasak olehnya. Semuanya makanan asli negeri Terengganu. Nyum-nyum.. sedap...



Sebelum memakan puding buah, ia perlu terlebih dahulu disejukkan didalam peti sejuk supaya cecair buah mengeras dan enak dimakan.

Anda juga boleh mendapatkan puding ini dibazaar ramadan yang disekitar negeri Terengganu. Jika mempunyai kawan yang berasal negeri Terengganu, tidak salah untuk kita meminta mereka memasak untuk kita. Apa yang pasti air tangan dari negeri Terengganu memang ada ummpphh..



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


Wednesday, August 18, 2010

Putihnya pasir pantai di Terengganu



Adakah anda ingin menikmati percutian dipantai yang putih bersih? Adakah anda ingin menikmati pemandangan menakjubkan laut china selatan? adakah anda ingin menikmati bayu laut dan suasana tepi pantai yang mendamaikan? Saya yakin tempat yang perlu anda masukkan dalam senarai pilihan anda adalah negeri Terengganu!



Kebiasaannya disepanjang jalan di pantai-pantai Terengganu, terdapat gerai dan kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok lekor, sosej, bebola ikan, pisang goreng, ubi goreng dan pelbagai jenis air buah.



Selain itu terdapat juga peniaga yang menjual cenderahati terutamanya pelbagai bentuk layang-layang. Terengganu memang terkenal dengan permainan layang-layang kerana Terengganu terletak dipersisiran pantai kawasan pantai timur semenanjung Malaysia dan menerima tiupan angin yang sederhana.



Berikut merupakan antara kawasan pantai yang menarik dinegeri Terengganu Pantai Air Tawar, Pantai Batu Buruk, Pantai Batu Rakit, Pantai Bukit Keluang, Pantai Chendering, Pantai Kelulut, Pantai Kemasik, Pantai Kijal, Pantai Merang, Pantai Paka, Pantai Penarik, Pantai Teluk Bidara, Pantai Tanjung Jara dan Pantai Rantau Abang.





Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..


Jalan-jalan di bazaar Ramadhan Siri 1



Untuk edisi khas Berbuka puasa pada entri lepas, saya ada menulis mengenai suasana di Bazaar Ramadhan Batu enam. Kali ini saya ingin bercerita pula mengenai suasana di Bazaar Ramadhan Gong Badak. Ia terletak berhampiran dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Cawangan Gong Badak. Suasananya lebih kurang sama dengan bazaar ramadhan ditempat lain.



Cuma apa yang membezakannya adalah ia terletak berhampiran dua Universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut pendidikan guru dan Insitut Latihan Perindustrian Gong Badak. Disana juga terdapat banyak taman perumahan dan deretan kedai-kedai. Ia telah memberi kelebihan kepada bazaar ramadhan ini apabila dikunjungi oleh ramai orang termasuk pelancong asing.



Disana terdapat beberapa jenis makanan yang agak unik seperti Laksa buyong, Sata warisan dan banyak lagi. Terdapat juga aneka makanan yang dipanggang segar di bazaar seperti ayam golek, udang bakar, pari bakar dan ikan bakar.



Para peniaga disana rata-ratanya akan mengurangkan harga makanan beberapa puluh minit sebelum waktu berbuka. Terdapat satu gerai minuman yang menjual 3 bungkus air buah dengan harga hanya RM2. Begitu juga dengan kuih muih yang pada harga biasa, RM1 untuk 3 ketul dijual murah kepada RM1 untuk 8 ketul!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..


Tuesday, August 17, 2010

Bufet Ramadhan Agro Resort



Semasa sedang asyik mengeluarkan wang di ATM Bank CIMB di pondok UMT, saya terlihat satu poster iklan promosi Agro Resort sempena bulan ramadhan dimana resort tersebut menawarkan bufet ramadhan dengan harga yang berpatutan. Bagi orang dewasa cuma RM25 dan kanak-kanak pula RM18. Minimum jumlah orang untuk tempahan satu bufet adalah seramai 20 orang. Maknanya, ia sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Selain itu, Agro Resort juga menyediakan kemudahan surau untuk mengadakan solat tarawih berjemaah. Antara hidangan lazat yang dihidangkan adalah seperti sup tulang, ayam percik, keli percik, gulai kawah, siakap, ikan bakar, patin masak tempoyak dan banyak lagi.



Sebagai informasi, Agro resort adalah sebuah destinasi sempurna untuk mereka yang cuba membebaskan diri jauh daripada kesibukan bandar raya. Ia terletak 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar Permaisuri.

Berikutan dikenali dengan konsep agro-pelancongan, terdapat beberapa konsep pertanian yang telah diperakui keunikannya seperti landskap pertanian, kolam memancing ikan, taman herba, dusun sawit, kebun buah-buahan, Agro Theme Park, Oyster Mushroom Project dan Goat Livestock Project sebagai yang merupakan antara tarikan pelancongan di negara ini.

Untuk tempahan, hubungi 09-690 2245/3045



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..




Thursday, August 12, 2010

Hidangan istimewa Berbeteng Cafe, Taman Tamadun Islam



Sebelum ini saya ada menulis entri mengenai kunjungan kami ke Berbeteng Kafe yang terletak di Taman Tamadun Islam. Kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda mengenai beberapa menu hidangan yang terdapat disana.


Menu 1: Kutfa bebola daging kambing


Menu 2: Masaka


Menu 3: Nasi Beriani TTI

Sebagai informasi, restoran ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 11 malam dan kadang-kadang dibuka sehingga jam 5 pagi jika ada acara besar diadakan di sekitar Taman Tamadun Islam. Antara makanan yang dihidangkan untuk santapan pengunjung adalah seperti Makanan Arabic, Makanan Barat dan Makanan Tempatan.

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum..


Klik Gambar untuk melihat Peta lebih jelas



Wednesday, August 11, 2010

Keindahan Terumbu Karang di perairan Pulau Lang Tengah Siri 1

Saya sungguh gembira kerana salah seorang kawan saya telah membenarkan saya menggunakan gambar-gambar miliknya untuk digunakan bagi tujuan menulis artikel ini. Kawan saya bersama-sama beberapa delegasi penyelidik melakukan persampelan terumbu karang disana. Semasa berada didalam dasar laut, kawan saya mengambil gambar keindahan pemandangan terumbu karang dan hidupan laut.

Disana juga terdapat resort penginapan seperti Blue Coral Island Resort. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Resort ini, sila pergi ke laman web ini http://www.malaysiaislandresorts.com/

Terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut yang terdapat didasar laut Pulau Lang Tengah termasuklahh ikan Nemo yang sangat popular dan menjadi antara ikon negeri Terengganu.












Peta Pulau Lang Tengah

Sila Klik untuk paparan yang lebih jelas.

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum..






Membeli makanan di Bazaar Ramadhan Batu 6

EDISI KHAS
Hari Pertama Berpuasa


Hari ini merupakan hari pertama umat islam di Malaysia menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan dibulan Ramadhan. Perkara utama yang menjadi perhatian kebanyakan rakyat Malaysia adalah hidangan juadah yang bakal dihidangkan semasa waktu berbuka nanti. Begitu juga situasinya yang berlaku di negeri Terengganu.

Tempat yang paling popular pada bulan ramadhan semestinya Bazaar Ramadhan atau pasar ramadhan. Tempat ini menjadi kegemaran penduduk setempat dan pelancong asing kerana terdapat banyak jenis makanan yang dijual seperti kuih-muih tradisional negeri Terengganu, makanan berat seperti nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu biru dan banyak lagi. Terdapat juga ayam percik dan ayam panggang yang dijual dengan harga berpatutan.




Pada hari ini, saya dan rakan-rakan membeli beberapa jenis makanan dan kuih-muih. Gambar-gambar yang saya tunjukkan didalam entri ini merupakan antara santapan kami pada hari pertama berbuka puasa. Saya ingin meminta maaf kerana kualiti gambar-gambar tersebut kerana ia diambil dengan menggunakan webcam. Telefon bimbit saya mengalami kerosakan dan ia sekaligus menyukarkan untuk saya mengambil gambar-gambar menarik semasa berada di bazaar ramadhan.




Bazaar ramadhan yang saya kunjungi adalah Bazaar Ramadhan Batu Enam, Kuala Terengganu. Disana terdapat pelbagai kuih muih yang amat sukar untuk diperolehi pada hari-hari biasa. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah-juadah yang boleh dikategorikan sebagai esotik.

Tips semasa membeli juadah berbuka, jangan rambang mata. Beli apa yang patut sahaja. Tanya dahulu harga makanan yang ingin dibeli supaya tidak tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.




Antara makanan yang kami beli adalah Sata, kuih Puteri mandi, Kuih Koci, Kuih Apam Dewa, Ayam Percik, Ketupat Terengganu, nasi ayam dan air laici.

Sata: Rm1.00 4 ketul
Kuih Puteri Mandi: Rm1.00 4 ketul
Kuih Koci: Rm1.00 4 ketul
Kuih Apam Dewa: Rm1.00 Sebungkus
Ayam Percik: Rm7.00 1/4 badan ayam
Ketupat: Rm1.00 seikat
Nasi Ayam: RM5.00
Air Laici: Rm4.00 4 Bungkus.

Jadi jumlah semua adalah Rm21 atau seorang hanya perlu membayar Rm5.25 (Bahagi dengan 4 orang). Syukur Alhamdullillah!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum..

Peta Pasar Batu Enam, Kuala Terengganu

Klik untuk paparan yang lebih jelas. Sila hubungi saya sekiranya ingin mendapatkan lebih informasi di sini




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak



Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan yang lazat!! Nyum-nyum..








Follower