Thursday, September 16, 2010

Ikan Nemo antara ikon negeri Terengganu



Siapa yang tak kenal spesis ikan Nemo? spesis ikan yang pernah diangkat kedalam cerita filem Hollywood pada tahun 2003 iaitu filem animasi Finding Nemo. Filem ini bukan sahaja menawan hati masyarakat di hollywood malahan menawan hati masyarakat seluruh dunia. Dalam sekelip mata sahaja, spesis ikan nemo menjadi terkenal!

Untuk pengetahuan semua, ikan nemo atau nama saintifiknya Amphiprion percula adalah sejenis ikan yang banyak terdapat di lautan pasifik tropika termasuk di perairan negeri Terengganu. Kebiasaannya, ikan nemo ditemui dikawasan rumpai laut atau terumbu karang yang merupakan habitat tetap mereka.



Semasa sukan sukma 2008 di negeri Terengganu, ikan nemo telah dipilih sebagai maskot rasmi sukan sukma pada tahun itu. Acara sukan kebangsaan itu telah menaikkan lagi populariti spesis ikan nemo dan menjadi bukti bahawa ikan nemo merupakan salah satu ikon kebanggaan negeri Terengganu.

Di Universiti Malaysia Terengganu umpamanya, pelbagai kajian marin telahpun dibuat yang melibatkan hidupan-hidupan marin termasuk ikan nemo. Kajian-kajian ini sebenarnya banyak membantu dalam melestarikan ekosistem marin disamping mengelakkan kepupusan pelbagai spesis hidupan laut. Gambar-gambar dibawah adalah ikan Nemo yang diletak didalam Akuarium di Universiti Malaysia Terengganu. Sungguh cantik bukan?







Di negeri Terengganu, anda amat mudah untuk mendapatkan koleksi anak patung ikan nemo dalam pelbagai saiz. Anda bolehlah membeli satu anak patung ikan nemo sebagai cenderahati nanti.



Nak melihat ikan Nemo melalui aktiviti skuba atau snorkeling? Jom datang negeri Terengganu!! Kalau da berada di Terengganu kelak, jangan lupa merasai keenakan juadah makanan di sini ye!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


No comments:

Post a Comment

Follower