Monday, September 27, 2010

Jata Kebesaran Negeri Terengganu


Jata Kebesaran Negeri Terengganu


Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar negeri ini.

Menurut cerita orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato’Nara Wangsa ( Dato’ Mata-Mata ) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.

Lambang Kebesaran ini mengandungi :-

1. Bulan Bintang - Melambangkan Negeri Islam.

2. Mahkota - Melambangkan Pemerintahan Di Raja.

3. Pedang dan Keris Panjang - Melambangkan Dua Alatan Kebesaran Negeri.

4. Quran - Di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.

5. Buku Undang-Undang - Di sebelah kiri melambangkan keadilan

6. Wali / Selampai - Melambangkan Alat-Alat Istiadat Kebesaran.

Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu " Jawatan Kerajaan Terengganu ". Pada masa perintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah ditambah cokmar dan perkataan " Jawatan Kerajaan " dihapuskan manakala perkataan "Terengganu " dikekalkan.

No comments:

Post a Comment

Follower