Perjalanan selama 2 jam dari Kuantan Pahang dan anda akan melalui Kerteh, Paka dan Dungun. Dari bandar Dungun, anda perlu ke arah utara untuk selama 5-10 minit lagi anda akan sampai di rantau Abang.
Perjalanan ini akan juga melalui jambatan sungai Dungun. Di sini anda akan melihat batu-batu karang raksasa yang menandakan pantai Rantau Abang. Pantai ini tidak jauh dari Tanjung Jara Resort.
Rantau Abang pantai terkenal kerana penyu suka bertelur di pantai ini. Tetapi oleh kerana terlalu banyak gangguan serta telur-telur penyu di ambil oleh manusia. Kehadiran penyu di Rantau Abang mula menurun dengan ketara.
Meskipun demikian, pantai yang indah ini boleh mengubati hati seseorang dan menghiburkan keluarga. Air laut yang jernih dan cantik sesuai sekali untuk berenang.Anda juga boleh naik atas batu-batu raksasa di tepi laut dan mengkagumi perubahan yang telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu.
Sesiapa yang melancong ke sini pasti tidak akan kecewa kerana Rantau Abang memberikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.
No comments:
Post a Comment