Monday, September 27, 2010

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut. Pulau ini terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut.

Gugusan Pulau Perhentian merangkumi:
a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
b) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.

Keluasan keseluruhannya adalah 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir yang agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit dan tebing di mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km.

Pulau Perhentian ialah penempatan pelancongan dan kawasan hutan. Terdapat hanya sebuah kawasan penempatan iatu di kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Kawasan penempatan ini seluas 9.87 hektar. Penempatan ini telah telibat dengan Program Penyusunan Semula Kampung nelayan Tradisional. Melalui program ini, pembinaan rumah dilaksanakan secara lebih teratur. Jumlah penduduk di Pulau Perhentian ialah kira-kira 1,300 orang dengan hampir 80% terlibat dengan sektor pelancongan, 20% di sektor awam dan perniagaan runcit.

Kawasan-kawasan pelancongan tertumpu di sekitar Teluk Pauh, Pasir Jong, Teluk Keke dan Teluk dalam di Pulau Perhentian Besar, manakala di Pulau perhentian Kecil tertumpu di Pasir Panjang, Teluk Kerma, Teluk Aur serta di beberapa tempat di pantai sebelah timur.

Sebahagian besar di kedua-dua pulau ini masih diliputi hutan dara dengan spesis pokok seperti Cengal, Balau, Bitangor Laut, Kelat Laut dan Rhu.

Laut di sekitar pulau pula terdapat batu karang terutamanya di Pantai Tiga Ruang, Teluk Dalam, Tanjung Tukas laut, Teluk Kerma dan di kawasan perairan antara Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Mengikut kajian yang dijalankan, lima puluh spesis batu karang telah ditemui di sekitar Pulau Perhentian. Di sesetengah tempat pula boleh didapati dua puluh jenis batu karang lagi setiap 200 meter persegi kawasan laut.

Selain itu enam pantai berpasir di Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan Penyu Karah dan Penyu Agar bertelur iaitu di Tanjung Gantung dan Pasir Pengalau di Pulau Perhentian Kecil juga di Pasir Tiga Ruang, Tanjung Tiga Ruang, Tanjung Tukas Laut dan Tanjung Pinang Seribu di Pulau Perhentian Besar. Terdapat juga spesis burung layang-layang (Walet) yang membuat sarang burung di gua-gua sekitar Teluk Batu Tabir dan Gua Buaya.


Kemudahan Pelancongan

Terdapat lebih kurang 1,000 buah bilik penginapan dari 42 buah pengusaha chalet dan resort dalam pelbagai kategori termasuk Pusat Peranginan Mewah, Chalet bertaraf sederhana dan rendah, Dorm serta kawasan perkhemahan dengan kadar sewa antara RM 50 hingga RM 300 sehari.


Kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin selain daripada kesesuaian tempat menjadikan pusat pelancongan ini popular dengan aktiviti-aktiviti snorkeling, soating, perkhemahan dan melihat penyu bertelur.


Keaslian dan keindahan alam sekitar semulajadi yang belum terjejas seperti laut daratan, pasir dan batu, gua, bukit-bukit, hutan dan tumbuhan semulajadi memungkinkan pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti jungle tracking, penyelidikan dan sebagainya.

Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti scuba diving dan sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf di peringkat dunia.

No comments:

Post a Comment

Follower

There was an error in this gadget