Monday, September 27, 2010

Pulau Rhu Hentian

Pulau Rhu Hentian terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu. Merupakan destinasi pelancongan yang baru berbanding Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit. Bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.

Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.

Selain itu, pelbagai aktiviti sukan lasak lain boleh dijalankan oleh pelancong, seperti snokeling, menyelam scuba, meredah hutan, berkhemah, memancing dan permainan bola pantai. Dengan keluasan 1.4 hektar, pelancong boleh menjelajah ke persekitaran pulau dengan mengambil masa perjalanan kira-kira satu setengah jam sambil melihat pemandangan indah sekitarnya.

Di Kuala Besut anda perlu mendapatkan perkhidmatan bot pelancongan yang sedia menunggu di terminal pelancongan dengan caj tambang bot pelancong biasa RM15 (pergi/balik) dan bot laju RM20 (pergi/balik).

No comments:

Post a Comment

Follower