Monday, September 27, 2010

Ketupat Sotong

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.

Bahan-Bahan:
1 tin susu beras pulut
12 ekor sotong basah
1 biji kelapa
1.2 sm halia 2 ulas bawang merah
1 sudu teh halba
Sedikit gula
12 batang lidi kelapa dipotong anggaran 3.7 sm untuk penyemat

Cara:
Sotong dibuang kepala dan dibersihkan. Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair. Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak. Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong setelah itu sematkan sotong dengan lidi. Buat begini hingga habis semua sekali. Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba. Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Follower

There was an error in this gadget