Monday, September 27, 2010

Pulau Duyung

Pulau Duyung terletak di muara Sungai Terengganu. Untuk ke sana, kita boleh menaiki bot atau juga menggunakan jalan darat.

Pulau Duyung terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil. Pulau Duyung yang sebenarnya bukanlah sebuah pulau, ianya lebih kepada dua buah semenanjung yang menjulur keluar daripada tanah besar dan sungai ke arah laut.

Pulau Duyung Besar adalah tempat Pembuat Bot. Pulau Duyung akan menjadi destinasi pelancongan peringkat antarabangsa kerana pembuat-pembuat bot yang mahir terdapat di sana.

Pulau Duyung terletak di antara Jambatan Sultan Mahmud dan Kuala Sungai Terengganu. Ramai peminat-peminat bot dari negara-negara seperti Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Denmark, Britain, New Zealand, Itali, Perancis pernah menempah bot mereka dari pembuat-pembuat bot di sini.

Jika anda ingin melihat cara-cara membuat bot serta mencari pengalaman sebagai tukang bot, Pulau Duyung di Terengganulah tempatnya.

No comments:

Post a Comment

Follower