Monday, September 27, 2010

Bendera Negeri Terengganu

Add Image
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Jata Kebesaran Negeri Terengganu


Jata Kebesaran Negeri Terengganu


Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar negeri ini.

Menurut cerita orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato’Nara Wangsa ( Dato’ Mata-Mata ) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.

Lambang Kebesaran ini mengandungi :-

1. Bulan Bintang - Melambangkan Negeri Islam.

2. Mahkota - Melambangkan Pemerintahan Di Raja.

3. Pedang dan Keris Panjang - Melambangkan Dua Alatan Kebesaran Negeri.

4. Quran - Di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.

5. Buku Undang-Undang - Di sebelah kiri melambangkan keadilan

6. Wali / Selampai - Melambangkan Alat-Alat Istiadat Kebesaran.

Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu " Jawatan Kerajaan Terengganu ". Pada masa perintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah ditambah cokmar dan perkataan " Jawatan Kerajaan " dihapuskan manakala perkataan "Terengganu " dikekalkan.

Lagu Rasmi Negeri Terengganu

Allah daulatkan tuanku sultan
Terengganu Darul Iman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah peliharakan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman

Kenali negeri Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman

PETA LOKASI

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.
Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara (Besut) ke selatan (Kemaman).

Bandar-bandar utama di Terengganu adalah :

* Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri)
* Chukai, Kuala Besut
* Rantau Abang
* Kuala Dungun


Kisah Nama Terengganu

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

Gunung Tebu



Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,039 meter dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal.

Ia terletak di Setiu dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara. Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.

Keunikan Gunung Tebu ialah di Puncaknya terdapat sebuah kubur dan tempat yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa. Lokasi Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.

Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki.

Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman


Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, Terengganu. untuk rakyatnya. Taman yang dibuka pada 11 April 2009 terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal (ada yang sebut Bukit Takar). Diberitakan bahawa Mini Zoo ini menempatkan lebih kurang 100 spesis haiwan.
Binatang yang dipamerkan di sini termasuk beberapa spesis beruang, banteng, seladang, kijang, kambing gurun, orang utan, buaya dan beberapa spesis harimau serta kuang raya.

Zoo ini terletak di kawasan seluas 135 ekar (54 hektar). Terdapat juga beberapa taman tema itu adalah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropikal, Taman Cendawan, Taman Buah-buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik.
Anak-anak kecil perlu di bawa ke Zoo untuk memberikan mereka ruang untuk belajar tentang haiwan.

Kanak-kanak dapat belajar banyak perkara dengan menghabiskan masa dengan haiwan-haiwan dan memerhatikan kelakuan mereka.Bayaran masuk yang dikenakan di Mini Zoo adalah berpatutan iaitu sebanyak RM10 seorang bagi orang dewasa, RM5 bagi kanak-kanak dan RM3 untuk pelajar.

Istana Maziah

Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.

Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.
Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III.

Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.

Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.


Tips
Istana Maziah adalah kediaman rasmi Sultan Terengganu. Ia terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.
Pengangkutan

Kapal terbang, kereta, bas atau teksi
Anda boleh ke Istana Maziah menggunakan Jalan Zultan Zainal Abidin atau Jalan Hiliran. Untuk ke Terengganu, anda boleh menggunakan kapal terbang, kereta, bas atau teksi.

Penginapan
Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di sekitar Kuala Terengganu untuk kemudahan pengunjung ke sini.

Muzium Negeri Terengganu


Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.
Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.
Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.

Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.
Kaunter tiket terletak di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Utama. Harga tiket ialah RM 5 seorang.

Pulau Rhu Hentian

Pulau Rhu Hentian terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu. Merupakan destinasi pelancongan yang baru berbanding Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit. Bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.

Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.

Selain itu, pelbagai aktiviti sukan lasak lain boleh dijalankan oleh pelancong, seperti snokeling, menyelam scuba, meredah hutan, berkhemah, memancing dan permainan bola pantai. Dengan keluasan 1.4 hektar, pelancong boleh menjelajah ke persekitaran pulau dengan mengambil masa perjalanan kira-kira satu setengah jam sambil melihat pemandangan indah sekitarnya.

Di Kuala Besut anda perlu mendapatkan perkhidmatan bot pelancongan yang sedia menunggu di terminal pelancongan dengan caj tambang bot pelancong biasa RM15 (pergi/balik) dan bot laju RM20 (pergi/balik).

Pulau Duyung

Pulau Duyung terletak di muara Sungai Terengganu. Untuk ke sana, kita boleh menaiki bot atau juga menggunakan jalan darat.

Pulau Duyung terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil. Pulau Duyung yang sebenarnya bukanlah sebuah pulau, ianya lebih kepada dua buah semenanjung yang menjulur keluar daripada tanah besar dan sungai ke arah laut.

Pulau Duyung Besar adalah tempat Pembuat Bot. Pulau Duyung akan menjadi destinasi pelancongan peringkat antarabangsa kerana pembuat-pembuat bot yang mahir terdapat di sana.

Pulau Duyung terletak di antara Jambatan Sultan Mahmud dan Kuala Sungai Terengganu. Ramai peminat-peminat bot dari negara-negara seperti Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Denmark, Britain, New Zealand, Itali, Perancis pernah menempah bot mereka dari pembuat-pembuat bot di sini.

Jika anda ingin melihat cara-cara membuat bot serta mencari pengalaman sebagai tukang bot, Pulau Duyung di Terengganulah tempatnya.

Pulau Susu Dara

Bila sebut Pulau Susu Dara, ramai pelancong tidak tahu dimana lokasi Pulau Susu Dara. Jika dilihat gambar di atas, kiri sekali ialah Pulau Susu Dara Besar, tengah ialah Pulau Susu Dara Kecil dan yang paling kanan ialah Pulau Tokong.

Ketiga-tiga pulau ini terletak dekat dengan Pulau Perhentian dan Pulau Rawa. Pulau Dara Besar atau Kecil tidak berpenghuni dan kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan terpelihara. Anda tidak boleh membuang sampah di kawasan ini.

Terdapat pantai yang amat bersih di Pulau Dara dan anda boleh ke sana dengan bot. Hanya segelintir manusia yang pernah kesana untuk melihat keindahan dan menikmati suasana tanpa gangguan.

Cuba bayangkan kejernihan air laut, adakah anda dan keluarga atau rakan-rakan anda tidak berminat untuk kesana ?

Bila sebut Pulau Susu Dara, ramai pelancong tidak tahu dimana lokasi Pulau Susu Dara. Jika dilihat gambar di atas, kiri sekali ialah Pulau Susu Dara Besar, tengah ialah Pulau Susu Dara Kecil dan yang paling kanan ialah Pulau Tokong.

Ketiga-tiga pulau ini terletak dekat dengan Pulau Perhentian dan Pulau Rawa. Pulau Dara Besar atau Kecil tidak berpenghuni dan kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan terpelihara. Anda tidak boleh membuang sampah di kawasan ini.

Terdapat pantai yang amat bersih di Pulau Dara dan anda boleh ke sana dengan bot. Hanya segelintir manusia yang pernah kesana untuk melihat keindahan dan menikmati suasana tanpa gangguan.

Cuba bayangkan kejernihan air laut, adakah anda dan keluarga atau rakan-rakan anda tidak berminat untuk kesana ?

Pulau bidong

Pulau Bidong merupakan sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam pada tahun 1978 - 1991. Pada tahun 1999 ia telah kembali menjadi milik Negeri Terengganu dan ia boleh dikunjungi oleh pelancong.

Perjalanan menuju ke Pulau Bidong menaiki bot laju memakan masa selama 25 minit. Kini Pulau Bidong menjadi tarikan pelancong kerana ingin melihat sejarah kem pelarian Vietnam dan juga aktiviti menyelam.


Kepada yang gemar dengan aktiviti menyelam (SCUBA), pulau bidong merupakan salah sebuah syurga kepada anda di Terengganu.

Pulau Gemia

Hanya lima kilometer dari pantai timur Semenanjung Malaysia, Pulau Gemia terlalu kecil di dalam peta. Ini adalah kerana ia merupakan sebuah pulau kecil berbatu tertutup dengan tanaman hutan hujan tropika dan dihalang oleh kurva pasir putih tulen.

Walaupun Pulau Gemia ini kecil ia merupakan sebuah permata kecil ini yang tidak mudah kelihatan tetapi tidak mudah dilupakan. Pulau Gemia hanya beberapa ratus meter dari Pulau Kapas lebih dikenali, tetapi juga menawarkan pengalaman yang sama sekali berbeza.

Hanya ada satu resort di Gemia, menjamin bahawa anda akan memiliki pantai dan teluk-teluk kecil air Aquamarine hampir kepada diri sendiri. Sebahagian besar daripada dibina di atas panggung di atas air dan menawarkan tahap keselesaan superior dan kelapangan. Balkon yang dibina dengan hati-hati untuk memastikan privasi penuh, sehingga anda dapat menikmati ketenangan melihat terganggu.

Salah satu tarikan lain Gemia Pulau adalah Spa. Untuk menamatkan pengalaman pulau tropika anda dan untuk memastikan bahawa anda pulang santai dan diremajakan, jangan memanjakan diri dalam salah satu rawatan mereka. Selain melayan diri sendiri dan bermalas-malasan di bawah sinar matahari terdapat pelbagai cara untuk tetap sibuk selama anda tinggal di Pulau Gemia.

Menikmati air yang jernih dan berlimpahnya kehidupan laut di sini adalah suatu keharusan. Kebanyakan pengunjung akan pergi snorkeling atau scuba diving untuk mendapatkan pandangan lebih dekat karang warna-warni, sementara yang lain akan menyewa kayak dan mendayung laut di sekitar pulau. Ada banyak cara lain untuk membuat sebahagian besar Pulau Gemia bercuti anda dan anda boleh membaca lebih lanjut di sini.

Pulau Gemia mungkin kecil tetapi tidak ada kompromi yang menenangkan. Sebuah bercuti di sini akan meninggalkan anda reminiscing tentang hari-hari anda di syurga untuk waktu yang lama.

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut. Pulau ini terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut.

Gugusan Pulau Perhentian merangkumi:
a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
b) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.

Keluasan keseluruhannya adalah 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir yang agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit dan tebing di mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km.

Pulau Perhentian ialah penempatan pelancongan dan kawasan hutan. Terdapat hanya sebuah kawasan penempatan iatu di kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Kawasan penempatan ini seluas 9.87 hektar. Penempatan ini telah telibat dengan Program Penyusunan Semula Kampung nelayan Tradisional. Melalui program ini, pembinaan rumah dilaksanakan secara lebih teratur. Jumlah penduduk di Pulau Perhentian ialah kira-kira 1,300 orang dengan hampir 80% terlibat dengan sektor pelancongan, 20% di sektor awam dan perniagaan runcit.

Kawasan-kawasan pelancongan tertumpu di sekitar Teluk Pauh, Pasir Jong, Teluk Keke dan Teluk dalam di Pulau Perhentian Besar, manakala di Pulau perhentian Kecil tertumpu di Pasir Panjang, Teluk Kerma, Teluk Aur serta di beberapa tempat di pantai sebelah timur.

Sebahagian besar di kedua-dua pulau ini masih diliputi hutan dara dengan spesis pokok seperti Cengal, Balau, Bitangor Laut, Kelat Laut dan Rhu.

Laut di sekitar pulau pula terdapat batu karang terutamanya di Pantai Tiga Ruang, Teluk Dalam, Tanjung Tukas laut, Teluk Kerma dan di kawasan perairan antara Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Mengikut kajian yang dijalankan, lima puluh spesis batu karang telah ditemui di sekitar Pulau Perhentian. Di sesetengah tempat pula boleh didapati dua puluh jenis batu karang lagi setiap 200 meter persegi kawasan laut.

Selain itu enam pantai berpasir di Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan Penyu Karah dan Penyu Agar bertelur iaitu di Tanjung Gantung dan Pasir Pengalau di Pulau Perhentian Kecil juga di Pasir Tiga Ruang, Tanjung Tiga Ruang, Tanjung Tukas Laut dan Tanjung Pinang Seribu di Pulau Perhentian Besar. Terdapat juga spesis burung layang-layang (Walet) yang membuat sarang burung di gua-gua sekitar Teluk Batu Tabir dan Gua Buaya.


Kemudahan Pelancongan

Terdapat lebih kurang 1,000 buah bilik penginapan dari 42 buah pengusaha chalet dan resort dalam pelbagai kategori termasuk Pusat Peranginan Mewah, Chalet bertaraf sederhana dan rendah, Dorm serta kawasan perkhemahan dengan kadar sewa antara RM 50 hingga RM 300 sehari.


Kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin selain daripada kesesuaian tempat menjadikan pusat pelancongan ini popular dengan aktiviti-aktiviti snorkeling, soating, perkhemahan dan melihat penyu bertelur.


Keaslian dan keindahan alam sekitar semulajadi yang belum terjejas seperti laut daratan, pasir dan batu, gua, bukit-bukit, hutan dan tumbuhan semulajadi memungkinkan pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti jungle tracking, penyelidikan dan sebagainya.

Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti scuba diving dan sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf di peringkat dunia.

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam skuba.

Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut - seperti dinding kanvas bagi hidupan laut - yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba.
Pulau ini mempunyai resort yang selesa dan menawarkan pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Pulau Kapas


Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.


Pokok Kapas & Buah Kapas



Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Keistimewaan Pulau Kapas

* Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
* Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
* Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

Al-Kisah Pulau Kapas

Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

Felda Residence Kuala Terengganu

FELDA Residence Kuala Terengganu dengan kapasiti 100 bilik yang strategik terletak di tengah-tengah bandar yang menghadap Sungai Terengganu. Hotel ini mudah ditemui, hanya 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu dan terminal bas berhampiran Pasar Payang hanya jarak yang cukup dekat.

Menekankan nilai harga murah dan keselesaan, ia sebuah tempat yang ideal untuk pelancong perniagaan mahupun rekreasi yang inginkan penginapan moden atau tradisional yang mempunyai perkhidmatan dan prasarana yang terbaik

Anugerah yang telah dimiliki:

Runner-up
in "Malaysia Tourism Awards 2008/ 2009" by Ministry of Tourism Malaysia
in 3 Star City Hotel Category
for "Best Hotel Services"

Alamat:

Felda Residence Kuala Terengganu
Kampung Binjai Bongkok
21400 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6321111

Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort di bina menghadap Laut China Selatan.

Terletak di Dungun, Terengganu. Perkataan Ulek bermakna manja. Oleh itu pihak hotel memilih perkatan untuk untuk memanjakan semua pengunjung hotel di sini.

Suasana Hotel ini adalah sama dengan suasana Kemelayuan. Ia akan memberi satu pengalaman yang sangat menarik kepada pengunjung.

Ulek Beach Resort
Jln Pantai, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-848 1100 Fax: 09-848 2200

Rumbia Resort Villa

Rumbia Resort Villa (ex. Radius Resort Villa), terletak berdekatan kampung nelayan yang tenang di Paka, Terengganu, menawarkan bungalow yang mewah dan semi-berasingan vila dengan kemudahan resort dan kemudahan. Kebanyakan direka untuk pelancong perniagaan mahupun unutk mereka yang ingin berhibur.

Rumbia Resort Villa (ex. Radius Resort Villa), terletak di kawasan seluas 15 hektar dengan suasana tropika yang menghadap ke Sungai Paka dan Laut China Selatan. Pusat berlokasi di sepanjang pantai Terengganu, resort bungalow menawarkan (40 unit) dan semi-berasingan villa sebanyak (56 unit)

Lot 3573 Mukim Kuala Paka
23100 Daerah Dungun,Terengganu Darul Iman
Malaysia

Tel : 609-827 2020
Fax : 609-827 2759

Rojak kateh

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/ kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.
Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Jadi kena tunggulah Hari Raya Haji, kalau nak try Rojak Kateh

Bahan-bahan:
Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus
Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)
Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:
1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain, masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.

Ketupat Sotong

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.

Bahan-Bahan:
1 tin susu beras pulut
12 ekor sotong basah
1 biji kelapa
1.2 sm halia 2 ulas bawang merah
1 sudu teh halba
Sedikit gula
12 batang lidi kelapa dipotong anggaran 3.7 sm untuk penyemat

Cara:
Sotong dibuang kepala dan dibersihkan. Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair. Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak. Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong setelah itu sematkan sotong dengan lidi. Buat begini hingga habis semua sekali. Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba. Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Singgang Ikan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz besar (tak ingat nama, boleh guna 3 ekor ikan kembong)
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci kunyit hidup tua, diketuk
1/2 inci halia, diketuk

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan, cili hijau dibelah 2 tapi tak putus, ketepikan. Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan masak hingga mendidih.
2. Tambah cili hijau, kiub ikan bilis, asam gelugor dan ikan tadi, kecil kan api dan masak hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun bolehh..).
3. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...sedap u hirup2 kuah dia masa hangat tuuu...hhmmm...

Rantau Abang

Perjalanan selama 2 jam dari Kuantan Pahang dan anda akan melalui Kerteh, Paka dan Dungun. Dari bandar Dungun, anda perlu ke arah utara untuk selama 5-10 minit lagi anda akan sampai di rantau Abang.

Perjalanan ini akan juga melalui jambatan sungai Dungun. Di sini anda akan melihat batu-batu karang raksasa yang menandakan pantai Rantau Abang. Pantai ini tidak jauh dari Tanjung Jara Resort.

Rantau Abang pantai terkenal kerana penyu suka bertelur di pantai ini. Tetapi oleh kerana terlalu banyak gangguan serta telur-telur penyu di ambil oleh manusia. Kehadiran penyu di Rantau Abang mula menurun dengan ketara.

Meskipun demikian, pantai yang indah ini boleh mengubati hati seseorang dan menghiburkan keluarga. Air laut yang jernih dan cantik sesuai sekali untuk berenang.Anda juga boleh naik atas batu-batu raksasa di tepi laut dan mengkagumi perubahan yang telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu.

Sesiapa yang melancong ke sini pasti tidak akan kecewa kerana Rantau Abang memberikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Pantai Tanjung Jara

Anda boleh saksikan ketenangan Laut China Selatan dan semasa anda berada di pantai dengan pasir halus di sini anda akan menjadi tenang.

Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda.

Pantai ini juga adalah lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak, menyelam dan pelbagai sukan air lain.

Pengunjung boleh saksikan penyu di malam hari antara bulan Mei dan September apabila penyu-penyu naik ke pantai untuk bertelur.


Penginapan :

Terdapat beberapa kemudahan penginapan di kawasan ini mulai hotel bertaraf 5 bintang ke hotel bajet, villa dan pelbagai pilihan untuk pengunjung ke sini. Tanjong Jara Beach Resort akan memberikan anda keunikan bila anda tinggal di sana kerana ia terkenal dengan senibina unik istana Melayu lama kurun ke-17.

Jom Memancing di negeri Terengganu Siri 2


Umpan yang selalu digunakan

Kalau pada entri lepas saya ada menceritakan kepada anda semua jenis umpan yang saya selalu gunakan, kali ini saya ingin tunjukkan pula joran dan topi keselamatan yang saya selalu gunakan ketika memancing.


2 buah joran milik saya.

Saya memiliki dua buah joran dimana yang satu bersaiz kecil dan satu lagi bersaiz sederhana. Saya menggunakan saiz kecil ketika memancing dikawasan air tawar seperti kolam air tawar dan sungai. Manakala saiz sederhana pula saya gunakan ketika memancing dikawasan tepi pantai seperti di Pantai Teluk Ketapang.

Di Kuala Terengganu misalnya, terdapat banyak kedai peralatan memancing yang boleh dikunjungi untuk membeli joran yang diinginkan. Salah satu tempatnya adalah Kedai Pancing Chop Lee Hong;

Kedai Pancing Chop Lee Hong
No. 73, Jalan Kampung China (Jalan Bandar), 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: 09-622 1464

Antara musuh utama pemancing-pemancing adalah keadaan cuaca yang berubah-ubah mengikut musim di negeri Terengganu. Jalan terbaik adalah menyediakan payung, topi sesuai untuk elak panas dan sebagainya yang berpatutan.


Topi yang sesuai elak cahaya matahari yang terik

Jadi kepada sesiapa yang ingin memancing dan mendapat hasil ikan yang memuaskan, Jom memancing di negeri Terengganu!!


Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...



Sunday, September 26, 2010

Jom Memancing di negeri Terengganu Siri 1




Memancing!! Ia merupakan satu aktiviti yang amat popular di negeri Terengganu. Kedudukan atau lokasi negeri Terengganu yang terletak dipersisiran pantai dan juga mempunyai banyak alur air dan kolam air menjadikan negeri ini lokasi sesuai untuk aktiviti memancing!

Saya sendiri telah terikut-ikut dengan kawan-kawan yang gemar memancing terutamanya pada waktu cuti. Kawasan memancing yang paling popular adalah di Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Tok Jembal.



Baiklah, mari saya perkenalkan kepada anda jenis umpan yang kami gunakan. Kami gemar menggunakan udang sebagai umpan kerana ia menjadi kegemaran kebanyakan ikan air laut. Tapi harus diingat! Udang mestilah udang yang segar. Kalau da lama busuk, susah nak dapat ikan.



Jadi bagaimana caranya? Caranya mudah, anda beli pam udara mudah alih yang bersaiz kecil dan juga bekas plastik. Letakkan udang anda yang masih hidup kedalam air tu dan pastikan bateri pam udara mencukupi supaya dapat mengelakkan udang-udang tersebut mati.

Memandangkan kami bakal memancing selama 2 hari berturut-turut, kami terpaksa membeli udang hidup dalam kuantiti yang banyak. Udang-udang ini diletakkan didalam bekas air yang besar (buatan sendiri) dan menggunakan 3 pam udara mudah alih.

INFO UNTUK YANG INGIN SEWA BOT

Pakej 1 Candat dan Memancing
* Masa pukul 5 petang hingga 12 tengahari keesokan harinya
* Jenis Bot Kelas A
* Bayaran RM 900 bagi sebuah bot
* 15 pemancing disertai oleh 2 tekong bot nelayan berpengalaman
* Dapur, tempat rehat dan jaket keselamatan disediakan
* Umpan disediakan
* Peralatan memancing tidak disediakan

Pakej 2 Memancing
* Masa pukul 5 petang hingga 7 pagi keesokan harinya
* Jenis Bot Kelas A
* Bayaran RM 700 bagi sebuah bot
* 15 pemancing disertai oleh 2 tekong bot nelayan berpengalaman
* Dapur, tempat rehat dan jaket keselamatan disediakan
* Umpan bawa sendiri (boleh beli diperlabuhan)
* Peralatan memancing tidak disediakan

Pakej 2 candat
* Masa pukul 5 petang hingga 7 pagi keesokan harinya
* Jenis Bot Kelas A
* Bayaran RM 700 bagi sebuah bot
* 15 pemancing disertai oleh 2 tekong bot nelayan berpengalaman
* Dapur, tempat rehat dan jaket keselamatan disediakan
* Umpan bawa sendiri (boleh beli diperlabuhan)
* Peralatan memancing tidak disediakan

Untuk maklumat lanjut sila ke http://sewa-bot.blogspot.com atau Boleh hubungi saya 019-9407070 hadri


Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...




Thursday, September 16, 2010

Ikan Nemo antara ikon negeri Terengganu



Siapa yang tak kenal spesis ikan Nemo? spesis ikan yang pernah diangkat kedalam cerita filem Hollywood pada tahun 2003 iaitu filem animasi Finding Nemo. Filem ini bukan sahaja menawan hati masyarakat di hollywood malahan menawan hati masyarakat seluruh dunia. Dalam sekelip mata sahaja, spesis ikan nemo menjadi terkenal!

Untuk pengetahuan semua, ikan nemo atau nama saintifiknya Amphiprion percula adalah sejenis ikan yang banyak terdapat di lautan pasifik tropika termasuk di perairan negeri Terengganu. Kebiasaannya, ikan nemo ditemui dikawasan rumpai laut atau terumbu karang yang merupakan habitat tetap mereka.



Semasa sukan sukma 2008 di negeri Terengganu, ikan nemo telah dipilih sebagai maskot rasmi sukan sukma pada tahun itu. Acara sukan kebangsaan itu telah menaikkan lagi populariti spesis ikan nemo dan menjadi bukti bahawa ikan nemo merupakan salah satu ikon kebanggaan negeri Terengganu.

Di Universiti Malaysia Terengganu umpamanya, pelbagai kajian marin telahpun dibuat yang melibatkan hidupan-hidupan marin termasuk ikan nemo. Kajian-kajian ini sebenarnya banyak membantu dalam melestarikan ekosistem marin disamping mengelakkan kepupusan pelbagai spesis hidupan laut. Gambar-gambar dibawah adalah ikan Nemo yang diletak didalam Akuarium di Universiti Malaysia Terengganu. Sungguh cantik bukan?







Di negeri Terengganu, anda amat mudah untuk mendapatkan koleksi anak patung ikan nemo dalam pelbagai saiz. Anda bolehlah membeli satu anak patung ikan nemo sebagai cenderahati nanti.



Nak melihat ikan Nemo melalui aktiviti skuba atau snorkeling? Jom datang negeri Terengganu!! Kalau da berada di Terengganu kelak, jangan lupa merasai keenakan juadah makanan di sini ye!!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


Sunday, August 29, 2010

Puding buah buatan anak jati Terengganu



Semasa bulan berpuasa ni, mesti kita mudah kecur liur melihat makanan dan minuman sejuk yang dijual dipasar atau bazaar ramadan kan? Antara menu yang menjadi pilihan adalah seperti air tebu, air kacang soya dan pelbagai jenis puding.



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda puding buah kampung yang dibuat sendiri oleh kawan anak jati Terengganu. Kenapa saya gelar ia puding buah kampung? kerana buah-buahan yang digunakan untuk membuat puding tersebut adalah buah kampung atau buah hutan yang banyak terdapat di negeri Terengganu apatah lagi sekarang masih lagi berada dimusim buah-buahan iaitu buah rambutan, nanas dan buah duku.

Rasanya sangat sedap. Ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan paling bawah adalah lapisan susu dan lapisan atas pula adalah lapisan buah-buahan. Wah! Sangat sedap!!



Saya sungguh gembira kerana mendapat kawan baik seperti Rina yang pandai memasak makanan Terengganu. Nanti dilain entri saya akan tulis entri mengenai jenis-jenis makanan yang pernah dimasak olehnya. Semuanya makanan asli negeri Terengganu. Nyum-nyum.. sedap...



Sebelum memakan puding buah, ia perlu terlebih dahulu disejukkan didalam peti sejuk supaya cecair buah mengeras dan enak dimakan.

Anda juga boleh mendapatkan puding ini dibazaar ramadan yang disekitar negeri Terengganu. Jika mempunyai kawan yang berasal negeri Terengganu, tidak salah untuk kita meminta mereka memasak untuk kita. Apa yang pasti air tangan dari negeri Terengganu memang ada ummpphh..



Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...


Follower