Tuesday, June 15, 2010

Nasi Dagang Terengganu



Nasi dagang? Apa tu? Nasi kuning ke? Haha... itu adalah persoalan yang bermain dibenak minda tatkala kawan-kawan mengajak saya membeli nasi dagang buat kali pertama pada tahun 2006. Kami membeli nasi tersebut di kedai makan berhadapan dengan kompleks kediaman polis Tok Jembal.

Apa yang pasti nasi dagang kelihatan seperti nasi biasa tetapi agak berwarna-warni sedikit. Selain itu, lauk yang disertakan juga adalah ikan tongkol masak kari (rempah khas untuk nasi dagang) dan acar timun.



Rasanya agak lain sedikit, bermula dari nasi hinggalah ke lauknya. Rasanya memang khas dan eksklusif untuk nasi dagang sahaja. Sedap!!! Lagipun harga untuk sebungkus nasi dagang untuk sarapan pagi cuma RM1.00 sahaja!!! Murahnya!!!! Tetapi kalau di pasar malam, harga standard adalah RM2.50 disebabkan kuantiti nasi dan lauknya yang lebih banyak.

Nasi dagang Mok Ngoh di chendering iaitu 10 km dari bandaraya Kuala Terengganu merupakan nasi dagang paling popular di Terengganu kerana isu kontroversi harga RM45 untuk sepinggan nasi dagang. Kontroversi itu telah mempopularkan lagi gerai Mok Ngoh dan nasi dagang itu sendiri. Nasi Dagang Mok Ngoh memang tersohor di Terengganu sejak tahun 1950 lagi dan menjadi kedai tumpuan pelancong dari luar Terengganu.

Jadi, apa tunggu lagi? jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan yang lazat!! Nyum-nyum...


Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan:

1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa

Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cai.Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan kedalam santan pekat.

Cara:

Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.

Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati. Nasi tidak perlu dikukus lagi.




No comments:

Post a Comment

Follower