Wednesday, June 23, 2010

Apam Balik



Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi hidangan lazat yang terdapat di Terengganu iaitu Apam Balik Terengganu. Apam Balik sebenarnya juga terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia, namun apa yang membezakannya adalah air tangan siapa yang memasaknya. Apam Balik mudah ditemui di pasar malam, kedai makan dan pasar minggu di sekitar Kuala Terengganu.

Untuk pengetahuan , apam balik merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas terutamanya pada waktu pagi dan petang. Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, ia dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Saya difahamkan terdapat dua jenis apam balik iaitu apam tradisional yakni merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu. Manakala jenis kedua pula adalah apam balik keropok yakni merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Salah seorang kawan saya yang juga merupakan anak jati Dungun, Terengganu pernah membawa apam balik yang dibeli dari Dungun. Kami memanaskan semula apam balik tersebut didalam ketuhar mikro untuk dimakan panas kerana apam tersebut telah sejuk disebabkan perjalanan yang memakan masa yang lama dari Dungun Ke Kuala Terengganu.

Wah!! Sedapnya!! Bayangkan kalau kami memakan apam balik yang terus dibeli dari dikedai tersebut, masih panas dan tidak perlu dipanaskan didalam ketuhar, pasti rasanya dua kali lebih lazat!! Nyum-nyum..



Kawan saya tersebut juga memberitahu terdapat satu lokasi di kawasan dungun yang mana menjual apam balik yang sangat lazat. Dia kerap membeli apam balik disana dan menurutnya apam balik tersebut menjadi kegemaran ramai di Dungun. Gerai yang menjual apam balik terletak di hadapan premis pasaraya Nirwana Dungun. Harga apam balik tersebut adalah seperti dibawah

Apam Balik Biasa : RM2.00
Apam Balik Jagung : RM2.00

Apam Balik Telur : RM2.80

Apam Balik Special : RM2.80


Kalau di Kuala Terengganu pula, saya membeli apam balik di Pasar Malam Gong Badak dan Mengabang Telipot. Rasa apam balik disana juga mempunyai rasa yang lazat. Lagipun harganya sangat murah dan berpatutan!!!

Kalau anda berkunjung ke Terengganu, jangan lupa mencuba Apam Balik ye. Jom makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!!! Nyum-nyum...

Dibawah adalah alamat pasaraya Nirwana Dungun yang mana terdapat gerai menjual apam balik yang lazat.

Nirwana Maju Sdn Bhd
Lot 1572, Mukim Kuala Dungun
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu

Dibawah pula adalah beberapa tempat yang mungkin ada menjual membeli apam balik di Terengganu.

Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)
Gerai apam balik sekitar Kuala Terengganu

Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Gerai apam balik sekitar marang

Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)
Gerai apam balik sekitar dungun

Sekiranya anda tidak menemui kedai yang menjual apam balik, anda dinasihatkan untuk bertanya kepada penduduk tempatan mengenai lokasi gerai yang menjual apam balik berdekatan.



No comments:

Post a Comment

Follower