Wednesday, June 16, 2010
Pulut Lepa Terengganu
Pulut lepa adalah sama dengan pulut panggang yang dijual dinegeri lain selain Terengganu. Cuma di Terengganu, hidangan itu dikenali sebagai pulut lepa. Seperti biasa, persoalan yang pasti terngiang-ngiang diminda adalah, apakah perbezaan diantara pulut lepa Terengganu dengan pulut Lepa (Pulut Panggang) negeri lain? Jawapannya adalah, inti pulut lepa lebih berasa ikan. Kalau negeri lain, kadang-kadang udang kering digunakan bersama kerisik kelapa sebagai inti namun di Terengganu, inti dibuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti ikan, bawang, dan lada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.
Saya mula menikmati hidangan Pulut Lepa Terengganu pada tahun 2007 semasa bulan Ramadhan. Saya membelinya di Pasar Malam berhampiran dengan kawasan Universiti Malaysia Terengganu. Rasanya memang lain sangat-sangat. Aromanya sungguh memukau dan intinya amat berasa ikan. Tidak rugi membelinya!! Harganya pun amat murah RM1.00 untuk 3 batang.
Teringat memori lama. Seorang kawan menegur saya kerana memakan Pulut Lepa dengan menggunakan sos tomato. Dia kata apabila kita cicah Pulut Lepa dengan sos, rasa aslinya akan hilang. Sebenarnya saya sudah terbiasa memakan pulut panggang dengan mencicah sos tomato. Ia kerana pulut panggang di negeri kelahiran saya terlalu kering dan agak masin. Terima kasih kepada kawan saya kerana nasihat bermakna itu, memang benar, jika kita memakan Pulut Lepa tanpa cicah sos tomato, ia lebih sedap dan amat menyelerakan!.. Anda ingin merasainya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...
Resepi Pulut Lepa Terengganu
Bahan-bahan
1. 300 g pulut, direndam semalaman
2. 125 ml santan (dari 1 kelapa)
3. sedikit garam
4. 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
5. 20-24 batang lidi (pencucuk)
Bahan inti
1. 400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
2. 4 biji bawang merah, dicincang halus
3. ½ kelapa parut putih
4. 200 ml santan (1/2 kelapa)
5. 1/2 kpg asam gelugur (kecil)
6. ½ camt serbuk lada hitam
7. ½ camt gula
8. sedikit garam
Cara penyediaan
Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk yang tidak melekat. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi. Apabila pulut masak, gemburkan dengan garfu. (Anda juga boleh mengukus pulut, jika mahu).
Untuk inti: Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur.
Nama Makanan: Pulut Lepa Terengganu
Tempat Makanan:
Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)
Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang jalan Marang
Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)
Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)
Gerai makanan Che Wan
Sepanjang Pantai Geliga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment