Sunday, June 13, 2010

Tomyam makanan laut



Terengganu terletak di persisiran pantai dan anda boleh menikmati keindahan pantai dimana-mana sahaja. Disebabkan lokasi berhampiran laut, tidak mustahil kita boleh mendapatkan makanan berasaskan makanan laut dengan mudah. Di Gong Badak Kuala Terengganu umpamanya, anda boleh melihat kerdipan lampu kalimantang berwarna-warni disepanjang jalan raya menandakan ada kedai makan sedang beroperasi disitu. Lampu berwarna-warni ini sudah menjadi pemandangan biasa bagi rakyat Terengganu kerana sektor perkhidmatan dan jualan makanan panas berkembang dengan pesat.

Setakat yang saya tahu, terdapat dua jenis Tomyam iaitu Tomyam sup putih dan Tomyam sup merah. Tidak terdapat banyak perbezaan bagi kedua-dua Tomyam ini, cuma Tomyam sup merah lebih pedas sedikit berbanding dengan Tomyam sup putih.

Anda tidak perlu berhabis duit pergi ke Thailand semata-mata untuk menikmati hidangan Tomyam asli Thai kerana di Terengganu juga terdapat hidangan yang sama dan mudah di temui dimana-mana sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Jom makan-makan di Terengganu!!

Resepi Tomyam Sup Merah

Bahan-Bahan:

* 300 gm Udang
* 300 gm Sotong
* 2 batang Serai
* 2 biji Tomato (dibelah 4)
* 2 helai Daun Limau Purut
* 5 ulas Bawang Besar (dihiris)
* Pes Tomyam secukup rasa
* 1 kiub Pati Ayam
* 750 ml Air
* Sedikit Jus Limau Nipis

Cara Membuat:

1. Air dididihkan bersama tomato, serai, bawang besar serta daun limau purut.
2. Masukkan Udang bersama pes tomyam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
3. Masukkan jus limau nipis secukup rasa.
4. Masukkan sotong dan kacau rata.
5. Hidangkan.

Nama Makanan: Tomyam

Tempat Makanan:

Tempat yang paling popular adalah di restoran Tomyam sekitar Terengganu. Hampir semua restoran atau kedai makanan panas di Terengganu menjual Tomyam. Kebiasaannya dimakan pada waktu malam.


No comments:

Post a Comment

Follower