Monday, June 14, 2010

Pantai yang cantik dan bersih



Penduduk Terengganu memang peramah dan menghormati pelawat luar. Kalau anda tidak percaya, anda cuba untuk menginap di Homestay sekitar Terengganu dan cuba alaminya sendiri. Anda tidak akan 'kesunyian' apabila berada di negeri ini.



Pengalaman selama berada di Terengganu memang amat menarik dan bakal menjadi memori yang tidak dapat dilupakan. Anda tahu tak, jika anda berada di Terengganu anda pasti akan sentiasa 'bertemu' dengan pantai putih yang cantik dan bersih.



Pada setiap petang, kami akan bermain bola tampar pantai. Saya cuma tengok je kawan-kawan bermain kerana saya tidak pandai bermain bola tampar. Haha. Namun demikian, keindahan pantainya yang cantik tidak akan menjemukan kita apabila berada bersendirian dipantai. Saya suka baring dipantai dan kadang-kadang mengajak kawan berguling-guling dipantai seperti kanak-kanak riang. Yelah, pantainya bersih dan saya yakin pasir pantai mampu mengurangkan stress apabila kita 'bersentuhan' dengannya. Tidak tahulah kebenarannya tetapi sifat pasir pantai yang berbentuk skrub dan hangat mungkin menjadi faktor meransang kesihatan yang lebih baik.



Aktiviti yang lebih menyeronokkan adalah aktiviti bermandi-manda. Wah! memang berasa amat gembira. Apatah lagi jika aktiviti itu disertai oleh ramai kawan-kawan. Riuh-rendah jadinya. Haha. Destinasi bermandi-manda yang popular dikalangan pelajar IPT sekitar Kuala Terengganu ialah Pantai Tok Jembal dan Pantai Teluk Ketapang. Anda jangan risau soal makanan dan minuman kerana terdapat peniaga yang menjalankan operasi perniagaan makanan disana. Anda juga boleh menyediakan makanan sendiri dan berpiknik bersama rakan-rakan. Seronoknya!!!








No comments:

Post a Comment

Follower