Tuesday, June 22, 2010

Berkursus di Pulau Poh, Tasik Kenyir



Pemandangan yang cukup memukau!! Saya begitu terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara di sekitar kawasan Tasik Kenyir. Untuk pengetahuan, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara iaitu merentangi 260,000 hektar. Tasik Kenyir kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna seperti spesis orkid eksotik, burung enggang dan sebagainya dimana dipercayai disana terdapat 8000 spesis bunga, 2500 spesis tumbuhan dan pokok-pokok, 800 spesis orkid dan 300 spesis kulat. Tasik Kenyir juga mempunyai 340 buah pulau, 14 air terjun dan beberapa buah jeram dan sungai.



Pada tahun 2007, saya telah menyertai program suai kenal diantara pihak Jabatan Sains Kejuruteraan UMT dan pelajar-pelajar yang berada dibawah pentadbirannya. Program itu dibuat di Pulau Poh, Tasik Kenyir. Kami bergerak ke jeti berhampiran Tasik Kenyir dengan menggunakan Bas UMT dan kemudian menaiki bot untuk bergerak ke Pulau Poh. Sepanjang pergerakan menyusuri Tasik Kenyir, kami dapat menyaksikan dan menikmati keindahan alam semulajadi dikawasan sekitarnya.



Setelah tiba Pulau Poh, kami menginap didalam sebuah Resort. Kemudahan penginapan yang diberikan memang memuaskan. Disana kami melakukan pelbagai aktiviti yang menghiburkan selama 3 hari 2 malam.



Apa yang menarik, makanan disediakan diatas sebuah rumah yang terapung diatas rakit. Semua makanan dimasak diatas rumah rakit tersebut. Walaupun saya berasal dari negeri dibawah bayu yang terkenal dengan perumahan terapung, tetapi ini adalah pengalaman pertama saya menyaksikan sebuah 'dapur' yang terapung diatas air. Memang mengagumkan!!! Saya tidak pasti sekiranya perkhidmatan 'dapur terapung' itu masih digunakan lagi sekarang. Nanti saya akan kesana semula pada cuti hujung tahun ini bersama kawan-kawan untuk melawat beberapa tempat. Saya akan cuba menangkap gambar 'dapur terapung' itu jika berkesempatan. Gambar diatas adalah contoh 'dapur terapung' yang saya maksudkan. Gambar ini saya perolehi daripada sebuah blog iaitu Timbul Ilonnn!!



Pada waktu lapang, kami akan beramai-ramai mandi air tasik yang sejuk dan tawar. Disamping itu kami juga berkesempatan untuk mengambil gambar dibeberapa kawasan yang menarik termasuk di jambatan gantung.




Antara makanan yang disediakan adalah seperti berikut

Menu Pagi

keropok lekor, nasi lemak atau nasi dagang
Air kopi atau Teh

Menu Tengahari
Nasi minyak atau nasi berlauk
Air sirap

Menu Malam
Nasi minyak atau nasi berlauk.
Pada hari terakhir, aktiviti BBQ diadakan
Air sirap

Pengalaman semasa berkursus di Pulau Poh memang sukar untuk dilupakan. Disamping dapat merapatkan hubungan silaturahim dikalangan peserta, kami juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang jarang ditemui ditempat lain.



Jom makan-makan di Terengganu. Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum..

Peta pergerakan ke Tasik Kenyir dari Bandar Kuala Terengganu






1 comment:

Follower