Wednesday, June 16, 2010

Melawat rakan Terengganu



Nama kawan saya ni ialah Jijan. Rumahnya terletak dikawasan Gong Badak. Kami semua berpakat melawat rumahnya kerana mendapat jemputan. Yelah, sebagai kawan yang baru mengenali diantara satu sama lain, aktiviti seperti ini mampu mengeratkan lagi hubungan persahabatan disamping memberi peluang kepada kami untuk mengenali kehidupan dan cara hidup rakyat Terengganu.

Kami disambut mesra oleh ibu bapa Jijan. Semangat menghormati tetamu seperti ini telah menonjolkan sikap sebenar rakyat Terengganu yang terkenal dengan sifat sopan santun dan menghormati orang lain seiring dengan apa yang dikehendaki oleh agama islam. Rumahnya penuh dengan ayat suci Al-Quran dan perabot yang menonjolkan ciri-ciri kemelayuan asli. Ini adalah kali pertama saya berkunjung kerumah rakyat Terengganu.


Pada hari itu, kami dihidangkan dengan makanan yang sungguh menyelerakan seperti bihun goreng, keropok keping, puding buah, acar nanas, air susu buah dan banyak lagi. Memandangkan kami kebetulan lapar pada waktu tu, kami telah habiskan makanan yang dihidangkan. Apatah lagi makanan yang dihidangkan itu ternyata sedap dan menyelerakan! Nyum-nyum..



Setelah habis makan, kami berbual mesra dan mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Sekarang kami semua bakal berpisah kerana bakal bergraduat satu hari nanti. Kenangan bersama akan saya ingati sampai bila-bila. Nilai persahabatan diantara kami memang tiada tolok bandingnya. Kami semua rapat walaupun berasal dari negeri yang berbeza.



No comments:

Post a Comment

Follower