Friday, June 18, 2010

Beriadah bersama rakan-rakan dari Sabah & Sarawak



Terengganu sekarang telah menjadi tumpuan pelajar-pelajar pengajian tinggi baik dari dalam mahupun luar negara. Perkara ini disebabkan Terengganu mempunyai 2 buah Universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Ia tidak termasuk beberapa buah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terletak di Dungun dan Kuala Terengganu.

Limpahan pelajar-pelajar ini sebenarnya secara tidak langsung akan meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri Terengganu kerana pelajar-pelajar tersebut disamping melanjutkan pengajian, mereka juga akan melancong ke destinasi-destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri ini.



Saya dan beberapa rakan yang berasal dari negeri Sabah dan Sarawak turut mengambil peluang yang ada untuk melancong dan bersiar-siar ditempat-tempat menarik disekitar Kuala Terengganu. Tempat yang sering kami kunjungi adalah Pasar Payang, Pantai Teluk Ketapang dan Kampung Losong.

Kami semua akan berkumpul sekurang-kurangnya 3 kali sebulan untuk beriadah dan berkongsi pengalaman ataupun masalah masing-masing. Tempat yang menjadi tumpuan untuk kami berkumpul sudah semestinya di Pantai Tok Jembal. Pantai yang terdapat di Terengganu memang tidak dapat di sangkal lagi keindahannya. Disana, kami boleh berpiknik dan bermandi-manda. Wah!!! seronok sangat!



Kadang-kadang kami akan bermain layang-layang dan bermain bola tampar. Suasana yang nyaman dan mempersonakan memang sesuai untuk aktiviti-aktiviti riadah. Saya mencadangkan sesiapa yang ingin mencari tempat perkelahan menarik di Malaysia, sila lah datang ke Terengganu. Anda tidak akan kecewa jika memilih Terengganu sebagai destinasi anda!



No comments:

Post a Comment

Follower