Wednesday, June 30, 2010
Laksa Terengganu
Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi hidangan istimewa dan lazat yang terdapat dinegeri Terengganu iaitu Laksa Terengganu. Laksa Terengganu adalah sejenis makanan mi berkuah panas yang popular di negeri Terengganu.
Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.
Untuk pengetahuan, sebenarnya perkataan laksa itu adalah nama yang diberikan kepada mi untuk menyediakan laksa. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepung (gandum) atau laksa beras contohnya gabungan laksa tepung dan kuah masak sahaja, gabungan laksa tepung dan kuah mentah dan kuah masak, gabungan laksa beras dan kuah masak, atau atau laksa beras dan kuah mentah.
Setakat ini saya hanya sempat untuk merasai laksa tepung dan kuah masak sahaja. Namun demikian, saya akan berusaha untuk merasai kelazatan laksa yang disediakan menggunakan gabungan laksa beras dan kuah mentah memandangkan saya masih berada di Terengganu dalam jangka masa lama.
Saya terkejut melihat kawan saya memakan laksa dengan menggunakan tangan. Saya ingatkan itu memang tabiat dan caranya makan dan tiada kaitan dengan adat atau adab memakan laksa di negeri Terengganu. Memandangkan kekerapannya memakan laksa dengan menggunakan tangan, saya segera bertanya kepadanya mengenai hal tersebut.
Sambil tersenyum dia memberitahu laksa Terengganu kebiasaannya dimakan dengan menggunakan tangan dan bukannya sudu atau garpu. Sebab itulah mengapa laksa terengganu tidak mengandungi banyak kuah sepertimana laksa negeri lain. Walaubagaimanapun, menurutnya lagi, pada waktu ini sudah kurang penduduk Terengganu yang memakan laksa dengan menggunakan tangan. Mungkin disebabkan laksa jarang dimasak dirumah dan selalunya dimakan dikedai yang mana menyediakan sudu dan garpu, Ia ditambah laksa Terengganu gemar dimakan semasa masih panas kerana rasanya yang lebih sedap berbanding ketika sejuk. Maka ramai yang lebih selesa menggunakan sudu dan garpu.
Namun demikian, bagi merasai suasana sebenar negeri Terengganu, sebagai pelancong atau pelawat, kenapa tidak untuk kita menikmati keaslian Laksa Terengganu dengan menggunakan tangan? Jadi marilah bersama-sama mencubanya!
Saya selalu membeli laksa Terengganu di Pasar Malam dan harganya pun sangat murah iaitu antara RM1.00-RM1.50. Kebiasaannya, jika kita membeli laksa di pasar malam atau pasar minggu, mi laksa akan dibungkus berasingan dengan kuah laksa. Dengan itu, sebelum menikmati mi laksa, kita boleh panaskan terlebih dahulu kuah laksa supaya rasanya lebih lazat.
Jom Makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!!! Nyum-nyum...
Nama Makanan: Laksa Terengganu
Tempat Makanan:
Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Payang
Pasar Cabang Tiga
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)
Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Sepanjang jalan Marang
Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)
Kemaman
Kerteh (Selasa)
Kemasik (ahad, Rabu)
Chukai (Selasa)
Gerai makanan Che Wan
Sepanjang Pantai Geliga
Tuesday, June 29, 2010
Homestay Haji Aker, Besut
Alamat Homestay:
Homestay Hj Aker
No. 10,Jalan Tengku Long, Kampung Raja
Besut, Terengganu.
Deskripsi Lokasi Homestay:
-10 minit ke bandar Jerteh dan 10 minit ke Jeti Kuala Besut (bot ke Pulau Perhentian)
- Berhadapan Desa Ukiran Kayu
-10 minit ke Pantai Peranginan Air Tawar, Pantai Bukit Keluang, MRSM Kota Putra, Institut Perguruan Sultan Mizan, IKM Besut dan ILIM Besut.
-5 minit ke pasar besar Kampung Raja(pasar basah & deretan kedai makan)
-3 minit ke Klinik Kesihatan, Pos Malaysia & Balai Polis
Deskripsi Homestay:
Banglo 1 tingkat dengan keluasan halaman rumah yang besar (boleh parking 7 kereta serentak)berpagar. Suasana kampung yang tenang dan nyaman.
- 3 bilik tidur (air-conditioner)
- 3 bilik air(1 hot shower)
- Peralatan lengkap untuk memasak(dapur,peti sejuk, kettle, etc)
- Ruang tamu yang luas lengkap dengan TV Astro, sofa, etc
- Mesin basuh disediakan
- Mempunyai pokok rambutan, ciku, mangga, & betik di halaman belakang rumah
- Kadar Sewa:RM 200/hari.
Sangat berpatutan dengan kemudahan dan fasiliti yang disediakan!
Hubungi: Hj. Aker 019-9856835 / Hjh. Zainatul 019-9864920
(Informasi disalin daripada mudah.my)
Thursday, June 24, 2010
Makan-makan di rumah rakan Terengganu
Rakyat Terengganu memang terkenal dengan sikap bersopan santun dan menghormati tetamu. Anda juga tidak perlu gusar sekiranya anda daripada berlainan keturunan atau agama kerana mereka akan menghormati anda dan dilayan dengan baik. Mengikut pengalaman saya, setiap kali kami mengunjungi rumah rakan-rakan Terengganu, kami akan dilayan dengan sangat baik dan lebih mengejutkan kami akan disajikan dengan hidangan yang lazat seolah-olah kedatangan kami telah dirancang dan mereka membuat persediaan untuk menjamu kami semua. Saya benar-benar teruja dengan adab sopan santun dan menghormati tetamu yang masih dipertahankan dan dikekalkan oleh rakyat negeri Terengganu. Sebab itu mengapa saya tidak gusar atau menolak jika kawan-kawan mengajak saya berkunjung kerumah mereka.
Andai keluarga kawan-kawan saya mengadakan aktiviti keramaian seperti kenduri kahwin dan kenduri arwah, kami akan dijemput kerumah mereka. Kekerapan kami berkunjung kerumah rakan-rakan negeri Terengganu telah membuatkan saya sangat sebati dengan budaya dan adat rakyat negeri Terengganu.
Semasa awal kedatangan saya ke negeri Terengganu pada tahun 2006 lalu, saya memang benar-benar tidak memahami loghat yang dipertuturkan oleh masyarakat negeri Terengganu, namun lama-kelamaan saya berjaya memahaminya kerana terdedah dengan loghat tersebut, bukan sahaja daripada rakan-rakan tetapi juga daripada penduduk setempat. Oleh sebab itu, saya tidak mempunyai masalah jika berbual dengan penduduk setempat yang mempunyai loghat pekat negeri Terengganu.
Antara makanan yang dihidangkan kepada kami adalah keropok lekor, keropok keping, otak-otak, bihun, sate daging dan sebagainya. Makanan yang dihidangkan memang sangat lazat dan menyelerakan.
Saya mencadangkan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung di Terengganu, lebih baik sekiranya anda menginap di homestay kerana ia akan memudahkan anda berinteraksi dengan penduduk tempatan. Saya yakin anda akan selesa dan suka dengan layanan yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada anda. Cubalah untuk menikmati sebanyak mana menu hidangan yang terdapat di Terengganu. Anda pasti akan menyesal sekiranya tidak mencubanya kerana hidangan makanan di negeri ini sangat lazat dan menyelerakan..
Jadi, jom makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!!! Nyum-nyum...
Wednesday, June 23, 2010
Apam Balik
Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi hidangan lazat yang terdapat di Terengganu iaitu Apam Balik Terengganu. Apam Balik sebenarnya juga terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia, namun apa yang membezakannya adalah air tangan siapa yang memasaknya. Apam Balik mudah ditemui di pasar malam, kedai makan dan pasar minggu di sekitar Kuala Terengganu.
Untuk pengetahuan , apam balik merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas terutamanya pada waktu pagi dan petang. Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, ia dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.
Saya difahamkan terdapat dua jenis apam balik iaitu apam tradisional yakni merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu. Manakala jenis kedua pula adalah apam balik keropok yakni merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.
Salah seorang kawan saya yang juga merupakan anak jati Dungun, Terengganu pernah membawa apam balik yang dibeli dari Dungun. Kami memanaskan semula apam balik tersebut didalam ketuhar mikro untuk dimakan panas kerana apam tersebut telah sejuk disebabkan perjalanan yang memakan masa yang lama dari Dungun Ke Kuala Terengganu.
Wah!! Sedapnya!! Bayangkan kalau kami memakan apam balik yang terus dibeli dari dikedai tersebut, masih panas dan tidak perlu dipanaskan didalam ketuhar, pasti rasanya dua kali lebih lazat!! Nyum-nyum..
Kawan saya tersebut juga memberitahu terdapat satu lokasi di kawasan dungun yang mana menjual apam balik yang sangat lazat. Dia kerap membeli apam balik disana dan menurutnya apam balik tersebut menjadi kegemaran ramai di Dungun. Gerai yang menjual apam balik terletak di hadapan premis pasaraya Nirwana Dungun. Harga apam balik tersebut adalah seperti dibawah
Apam Balik Biasa : RM2.00
Apam Balik Jagung : RM2.00
Apam Balik Telur : RM2.80
Apam Balik Special : RM2.80
Kalau di Kuala Terengganu pula, saya membeli apam balik di Pasar Malam Gong Badak dan Mengabang Telipot. Rasa apam balik disana juga mempunyai rasa yang lazat. Lagipun harganya sangat murah dan berpatutan!!!
Kalau anda berkunjung ke Terengganu, jangan lupa mencuba Apam Balik ye. Jom makan-makan di Terengganu!!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!!! Nyum-nyum...
Dibawah adalah alamat pasaraya Nirwana Dungun yang mana terdapat gerai menjual apam balik yang lazat.
Nirwana Maju Sdn Bhd
Lot 1572, Mukim Kuala Dungun
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu
Dibawah pula adalah beberapa tempat yang mungkin ada menjual membeli apam balik di Terengganu.Lot 1572, Mukim Kuala Dungun
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu
Kuala Terengganu
Pasar Minggu Pengadang Baru (Selasa)
Pasar Minggu Panji Alam (Khamis)
Pusat Peniaga Batu Burok (Jumaat)
Pasar Malam gong badak (Selasa)
Pasar Malam Mengabang Telipot (Khamis)
Gerai apam balik sekitar Kuala Terengganu
Marang
Pasar Minggu Kg. Kelulut (Sabtu)
Gerai apam balik sekitar marang
Dungun
Pasar Minggu Kuala Dungun (Khamis)
Gerai apam balik sekitar dungun
Sekiranya anda tidak menemui kedai yang menjual apam balik, anda dinasihatkan untuk bertanya kepada penduduk tempatan mengenai lokasi gerai yang menjual apam balik berdekatan.
Tuesday, June 22, 2010
Berkursus di Pulau Poh, Tasik Kenyir
Pemandangan yang cukup memukau!! Saya begitu terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara di sekitar kawasan Tasik Kenyir. Untuk pengetahuan, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara iaitu merentangi 260,000 hektar. Tasik Kenyir kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna seperti spesis orkid eksotik, burung enggang dan sebagainya dimana dipercayai disana terdapat 8000 spesis bunga, 2500 spesis tumbuhan dan pokok-pokok, 800 spesis orkid dan 300 spesis kulat. Tasik Kenyir juga mempunyai 340 buah pulau, 14 air terjun dan beberapa buah jeram dan sungai.
Pada tahun 2007, saya telah menyertai program suai kenal diantara pihak Jabatan Sains Kejuruteraan UMT dan pelajar-pelajar yang berada dibawah pentadbirannya. Program itu dibuat di Pulau Poh, Tasik Kenyir. Kami bergerak ke jeti berhampiran Tasik Kenyir dengan menggunakan Bas UMT dan kemudian menaiki bot untuk bergerak ke Pulau Poh. Sepanjang pergerakan menyusuri Tasik Kenyir, kami dapat menyaksikan dan menikmati keindahan alam semulajadi dikawasan sekitarnya.
Setelah tiba Pulau Poh, kami menginap didalam sebuah Resort. Kemudahan penginapan yang diberikan memang memuaskan. Disana kami melakukan pelbagai aktiviti yang menghiburkan selama 3 hari 2 malam.
Apa yang menarik, makanan disediakan diatas sebuah rumah yang terapung diatas rakit. Semua makanan dimasak diatas rumah rakit tersebut. Walaupun saya berasal dari negeri dibawah bayu yang terkenal dengan perumahan terapung, tetapi ini adalah pengalaman pertama saya menyaksikan sebuah 'dapur' yang terapung diatas air. Memang mengagumkan!!! Saya tidak pasti sekiranya perkhidmatan 'dapur terapung' itu masih digunakan lagi sekarang. Nanti saya akan kesana semula pada cuti hujung tahun ini bersama kawan-kawan untuk melawat beberapa tempat. Saya akan cuba menangkap gambar 'dapur terapung' itu jika berkesempatan. Gambar diatas adalah contoh 'dapur terapung' yang saya maksudkan. Gambar ini saya perolehi daripada sebuah blog iaitu Timbul Ilonnn!!
Pada waktu lapang, kami akan beramai-ramai mandi air tasik yang sejuk dan tawar. Disamping itu kami juga berkesempatan untuk mengambil gambar dibeberapa kawasan yang menarik termasuk di jambatan gantung.
Antara makanan yang disediakan adalah seperti berikut
Menu Pagi
keropok lekor, nasi lemak atau nasi dagang
Air kopi atau Teh
Menu Tengahari
Nasi minyak atau nasi berlauk
Air sirap
Menu Malam
Nasi minyak atau nasi berlauk.
Pada hari terakhir, aktiviti BBQ diadakan
Air sirap
Pengalaman semasa berkursus di Pulau Poh memang sukar untuk dilupakan. Disamping dapat merapatkan hubungan silaturahim dikalangan peserta, kami juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang jarang ditemui ditempat lain.
Jom makan-makan di Terengganu. Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum..
Peta pergerakan ke Tasik Kenyir dari Bandar Kuala Terengganu
Monday, June 21, 2010
Sotong celup tepung Terengganu
Untuk entri kali ini, saya tiba-tiba berasa lapar. Sebut je sotong celup tepung, pasti akan teringat-ingat rasanya yang sungguh lazat dan menyelerakan. Siapa yang tidak mengenali hidangan ini jika berkunjung ke Kuala Terengganu? Pada setiap petang, sotong celup tepung banyak dijual di gerai-gerai makan sekitar pantai berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Saya mengetahui kewujudan hidangan ini selepas diajak oleh kawan-kawan untuk beriadah di pantai sambil menikmati Sotong celup tepung. Saya agak hairan, kenapa pula makan sotong goreng? Sedap ke? Selalunya, pada setiap petang, semestinya kita akan menikmati secawan kopi panas dan pisang goreng, tetapi di Terengganu, menu yang paling popular adalah Sotong celup tepung!! Wah! Menarik!!!
Apa yang menjadikan Sotong Celup Tepung ini digemari oleh penduduk Terengganu dan juga pelancong luar? Jawapannya ada pada sosnya. Sos yang digunakan lebih kurang sama dengan sos yang digunakan untuk dimakan bersama keropok lekor. Sos tersebut mempunyai rasa yang seakan-akan sos thai, tetapi ia lebih manis dan berasa pedas.
Sotong celup tepung ini menarik jika dimakan beramai-ramai. Kita boleh menikmati kelazatannya bersama nasi dan roti. Namun, kebiasaannya, ia dimakan sebagai snek sepertimana kita menikmati keropok lekor.
Anda ingin mencubanya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...
Lokasi gerai menjual Sotong celup tepung Terengganu
Saya mengetahui kewujudan hidangan ini selepas diajak oleh kawan-kawan untuk beriadah di pantai sambil menikmati Sotong celup tepung. Saya agak hairan, kenapa pula makan sotong goreng? Sedap ke? Selalunya, pada setiap petang, semestinya kita akan menikmati secawan kopi panas dan pisang goreng, tetapi di Terengganu, menu yang paling popular adalah Sotong celup tepung!! Wah! Menarik!!!
Apa yang menjadikan Sotong Celup Tepung ini digemari oleh penduduk Terengganu dan juga pelancong luar? Jawapannya ada pada sosnya. Sos yang digunakan lebih kurang sama dengan sos yang digunakan untuk dimakan bersama keropok lekor. Sos tersebut mempunyai rasa yang seakan-akan sos thai, tetapi ia lebih manis dan berasa pedas.
Sotong celup tepung ini menarik jika dimakan beramai-ramai. Kita boleh menikmati kelazatannya bersama nasi dan roti. Namun, kebiasaannya, ia dimakan sebagai snek sepertimana kita menikmati keropok lekor.
Anda ingin mencubanya? Jom makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum...
Lokasi gerai menjual Sotong celup tepung Terengganu
Sunday, June 20, 2010
Zahraa Homestay Gong Badak
Mesti melecehkan kalau sukar untuk mendapatkan penginapan yang murah jika bajet yang kita ada sangat sedikit. Jadi saya mencadangkan cara yang terbaik untuk kita menjimatkan kos adalah dengan menginap di homestay. Kali ini, saya ingin memperkenalkan sebuah rumah yang dijadikan homestay di Gong Badak, Kuala Terengganu. Disamping harga berpatutan, homestay juga kebiasaannya terletak berhampiran dengan kawasan kedai makanan yang menjual makanan-makanan yang menyelerakan. Jadi ia amat berbaloi!
200 m hadapan Masjid UDM jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah Gong Badak.
Berdekatan:
0.3 km UDM, 1.5 km UMT, 0.3 km Bank Rakyat, 6 km MRSM, 10 km Masjid Kristal.
Kemudahan:
- Merangkumi 3 bilik tidur 3 bilik air , ruang tamu dan parking kenderaan yang luas.
- Bilik utama mengandungi air condioner, kipas angin, tandas, set katil.
- Bilik 2 & 3 ada kipas dan set katil. Kelengkapan lain set sofa, meja makan, TV, peti ais, mesin basuh, cerek dll.
Kemudahan berdekatan:
Masjid, kedai makan, pasar raya HKS, ATM bank, pantai.
Harga:
Rm150 sehari, pakage istimewa untuk mingguan atau bulanan.
Sila hubungi Aminah: 019-9890649
(Informasi disalin daripada mudah.my)
Saturday, June 19, 2010
Makan Malam di Gem Beach Resort
Salah satu resort yang terdapat di Terengganu ialah Gem Beach Resort yang terletak 15 KM daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh Resort untuk kemudahan pelanggan, antaranya adalah bilik penginapan, kolam renang, penganjuran majlis keramaian dan lain-lain.
Gem Beach Resort menjadi salah satu destinasi pilihan pihak syarikat korporat atau institut pengajian tinggi tempatan yang berhampiran untuk mengadakan program Makan malam. Kelab ENTECH iaitu salah sebuah kelab di UMT telah mengadakan program makan malam disana untuk meraikan ahli kelab yang bakal bergraduat. Resort tersebut dipilih sebagai lokasi program makan malam kelab kerana lokasinya yang strategik dan harga makanan yang berpatutan disamping perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Program makan malam kelab diadakan dalam suasana terbuka, iaitu lokasi makan malam yang dibuat dikawasan luar resort. Suasana yang mengasyikkan disamping pemandangan yang mendamaikan diwaktu malam telah mewujudkan suasana tenang dan seolah-olah majlis yang kami buat berada jauh dari kawasan bandar.
Terdapat pelbagai pilihan makanan yang disediakan di Gem Beach Resort. Pada malam itu, menu yang dipilih adalah makanan melayu yang digabungkan dengan makanan cina. Tidak dilupakan makanan ikon Terengganu iaitu Keropok Lekor sebagai makanan sampingan dan puding buah sebagai pencuci mulut. Air yang disediakan adalah air sirap laici dan teh cina.
Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Antaranya adalah Ikan Kerapu masak stim, Cendawan tumis, Sotong masak merah, Gulai Ayam, Sup ayam, dan Sup sayur campur. Saya makan dua pinggan nasi, Haha. Makanannya sangat sedap!
Pada malam itu, disamping bergaya sakan dengan memakai pakaian yang berfesyen mengikut tema, kami juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara satu sama lain.
Kemudahan yang disediakan oleh Gem Beach Resort memang tidak mengecewakan. Satu hari nanti, saya akan kesana lagi untuk menikmati perkhidmatan makanan dan penginapan yang memuaskan!
Jom Makan-makan di Terengganu! Melancong sambil menikmati hidangan lazat! Nyum-nyum...
Berapa harga penginapan dan perkhidmatan lain?
Untuk mengetahui mengenai harga penginapan dan perkhidmatan, Sila klik sini http://www.gembeach.net/accommodation.html
Bagaimana cara untuk ke Gem Beach Resort, Batu Rakit?
Menggunakan Bas:
Daripada Pudu Raya KL sentral, disana terdapat perkhidmatan bas ekspres yang bergerak ke Bandar Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 7 Jam. Daripada bandar Kuala Terengganu, naik teksi ke Perkampungan nelayan Batu Rakit untuk ke Gem Beach Resort.
Menggunakan Penerbangan:
Malaysia Airlines (MAS) dan AIRASIA melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada setiap hari. Setelah tiba di Kuala Terengganu, naiki teksi ke Perkampungan Nelayan Batu Rakit untuk ke Gem Beach Resort.
Friday, June 18, 2010
Beriadah bersama rakan-rakan dari Sabah & Sarawak
Limpahan pelajar-pelajar ini sebenarnya secara tidak langsung akan meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri Terengganu kerana pelajar-pelajar tersebut disamping melanjutkan pengajian, mereka juga akan melancong ke destinasi-destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri ini.
Saya dan beberapa rakan yang berasal dari negeri Sabah dan Sarawak turut mengambil peluang yang ada untuk melancong dan bersiar-siar ditempat-tempat menarik disekitar Kuala Terengganu. Tempat yang sering kami kunjungi adalah Pasar Payang, Pantai Teluk Ketapang dan Kampung Losong.
Kami semua akan berkumpul sekurang-kurangnya 3 kali sebulan untuk beriadah dan berkongsi pengalaman ataupun masalah masing-masing. Tempat yang menjadi tumpuan untuk kami berkumpul sudah semestinya di Pantai Tok Jembal. Pantai yang terdapat di Terengganu memang tidak dapat di sangkal lagi keindahannya. Disana, kami boleh berpiknik dan bermandi-manda. Wah!!! seronok sangat!
Kadang-kadang kami akan bermain layang-layang dan bermain bola tampar. Suasana yang nyaman dan mempersonakan memang sesuai untuk aktiviti-aktiviti riadah. Saya mencadangkan sesiapa yang ingin mencari tempat perkelahan menarik di Malaysia, sila lah datang ke Terengganu. Anda tidak akan kecewa jika memilih Terengganu sebagai destinasi anda!
Thursday, June 17, 2010
Melawat ke Stesen Janakuasa TNB Sultan Ismail, Paka
Kami melawat ke Stesen Janakuasa TNB Sultan Ismail, Paka kerana ingin melihat secara praktikal bagaimana tenaga elektrik dijana dengan menggunakan Gas asli di Malaysia. Stesen ini juga merupakan stesen janakuasa elektrik yang terbesar di Malaysia.
Di Paka juga, terletaknya Loji penapis minyak Terengganu dan Taman Perindustrian Paka. Pada waktu malam, anda akan melihat pemandangan yang sungguh menakjubkan kerana Loji Penapis minyak milik Petronas disinari dengan lampu-lampu yang dipasang disepanjang kawasan itu. Disamping itu, nyalaan api yang marak disebabkan lebihan gas mewujudkan suasana seperti berada didalam sebuah pesta. Amat menakjubkan!
Semasa sesi rehat, kami dihidangkan dengan makanan seperti bihun, keropok keping, Nasi goreng kampung dan Ayam masak merah. Kami juga dihidangkan air rose laici. Sedapnya!!
Kalau anda bergerak melalui jalan Kuala-Lumpur-Terengganu, anda pasti akan sempat untuk melihat Stesen Janakuasa TNB Sultan Ismail dan Loji Penapis minyak Petronas. Tetapi, Awas... Kawasan tersebut adalah kawasan larangan. Hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)